Himpunan Umno PAS

Himpunan Penyatuan Ummah Jadi Saksi 2 Parti Politik Terbesar Malaysia Bergabung Selepas 60 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini bakal mencipta sejarah baharu apabila menjadi lokasi keramat menyaksikan penyatuan dua parti politik besar di Malaysia, iaitu Umno dan PAS.

Berhimpun bagi memeterai piagam kerjasama politik, momen ini merupakan momen bersejarah sejak berpuluh tahun kedua parti ini menjadi ‘musuh’.

Selepas jatuhnya pentadbiran Barisan Nasional yang digantikan dengan Pakatan Harapan, PWTC dan Menara Dato Onn yang menjadi kubu Umno kini dikunjungi oleh ribuan penyokong PAS.

Himpunan Umno PAS 2

Kerjasama antara kedua parti ini akan mencorakkan hala tuju baru politik orang Melayu di Malaysia yang turut sama akan berganding bahu dengan rakan komponan Barisan Nasional yang diketuai Umno dan Gagasan Sejahtera diterajui oleh PAS.

Antara momen bersejarah yang akan disaksikan ialah pengibaran bendera bulan hijau putih PAS bersama dengan bendera Umno Sang Saka bangsa serta berkumandangnya lagu rasmi PAS di sana.

Acara yang sudah bermula telah semalam diisi dengan zikir munajat oleh Wanita Umno dan PAS, program bersama Puteri Umno dan PAS, solat hajat, slot Wacana Intelektual Penyatuan Ummah dan Himpunan Anak Muda.

Himpunan Umno PAS 2

Manakala upacara hari ini akan menyaksikan tanda tangan tanda oleh kedua-dua presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Hadi Awang tanda termetrainya kerjasama tersebut.

Sumber: FMT

Wajib tonton Gemini Man ini.

Rambo: Last Blood (2019 Movie) New Trailer— Sylvester Stallone

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.