Malakat Mall Bakal Buka Mac 2020 2

Himpun Produk Bumiputera, Malakat Mall Bakal Beroperasi Secara Rasmi Pada Mac 2020

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sebagai usaha menyokong produk bumiputera, pengasas perumahan berkonsepkan Islamik, Raudhah City Sdn Bhd, Mohd Fadzil Hashim kini sudah berjaya membuka satu pusat membeli belah yang menghimpunkan kesemua produk bumiputera.

BACA: Pusat Beli-Belah Himpun Produk Bumiputera Bakal Dibuka Tidak Lama Lagi

Idea ini adalah usaha bagi meningkatkan penyertaan usahawan bumiputera dalam pasaran runcit selepas mendapati sektor peruncitan bumiputera masih belum berkembang kerana tidak dapat menyertai pasaran.

https://www.facebook.com/coachfadzil/posts/10220018637645192

Selepas tiga bulan merancang, akhirnya pusat beli belah yang dinamakan sebagai Malakat Mall ini mengumumkan akan dibuka secara rasmi pada Mac 2020 menerusi laman Facebook mereka.

https://www.facebook.com/MalakatMall/photos/a.130259635038926/165126228218933/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARBZs0onQmJ-JMbPx6Tg_UK2FYL2mGC6kzlPkg-Q0Y_xBrj8j5XacWMpUM2EUknvI12_jpxlfVpEE7pDlroyP5H0VWcTkQcrOGSmKuD7RYAjKNV2BePBizXQlYIonjdV842O31j7sYcCs4Ite2FkY5jKu_AksAgLXLEy5VOOQRJRTMeOEitDQ-oGvyBDBanXgUX0OZ_fviSiTQTVHERtucMCubBkve1Mt6Bptekwz3jDZWvhPChRFPPNIpntIqFRzrzZTzgsqCo6OeRHi3g7aZAo1qt1BD5m9yy9rx9cEmgjhaJ4M9gBj2hX9EyqPq62TxPrdfk4VM9dmGLBoXcJJ1Q&__tn__=-R

Merupakan lubuk kepada produk Muslim dan bumiputera, Malakat Mall merupakan salah satu usaha strategik bagi membantu membangkitkan ekonomi Melayu Islam yang mana di samping anda berbelanja, anda boleh menderma kepada golongan yang memerlukan.

Malakat Mall Bakal Buka Mac 2020 1

Terletak di belakang D’Pulze, anda boleh terus melakukan carian di Google Maps atau Waze dengan hanya memasukkan lokasi Malakat Mall atau Centrus Mall.

https://www.facebook.com/MalakatMall/photos/a.130259635038926/168083274589895/?type=3

Antara program yang sudah dilakukan ialah Mini-Karnival Jualan Kembali Ke Sekolah pada 14 dan 15 Disember lalu. Yang akan datang ialah pada 21, 22, 28 dan 29 Disember ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

https://www.facebook.com/MalakatMall/videos/583951562423509/

Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh anda lihat DI SINI.