Netflix Kurangkan Kualiti Video

Hilang Lebih 200,000 Pelanggan, Netflix Nak Perkenal Pelan Lebih Murah Ada Iklan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netflix merupakan antara syarikat penstriman video yang terbesar digunakan di dunia.

Banyak menyediakan hiburan menarik untuk pelanggan, ada antara kita yang akan berkongsi kata laluan akaun Netflix bersama kaum keluarga atau rakan-rakan dengan tujuan berkongsi.

Oleh sebab itu, Netflix memaklumkan mereka kehilangan 200,000 pelanggan pada suku pertama tahun ini sekali gus menyimpang jauh daripada unjuran untuk menambah 2.5juta pelanggan.

Selain itu, inflasi dan perang di Ukraine serta persaingan sengit menyumbang kepada kehilangan pelanggan Netflix dalam tempoh lebih sedekad.

Ditambah pula penggantungan perkhidmatan di Rusia selepas pencerobohan Ukraine turut mengakibatkannya kehilangan 700,000 pelanggan.

Syarikat itu turut meramalkan kerugian yang lebih besar di masa hadapan, menandakan peralihan mendadak dalam nasib untuk Netflix.

Media melaporkan Netflix mengalami kejatuhan saham sebanyak 30 peratus dan merupakan prestasi terburuk mereka dalam kedua-kedua indeks S&P 500 dan Nasdaq 100.

Merasakan tertinggal di belakang dari segi pertumbuhan pelanggan, mendorong Netflix untuk mempertimbangkan penawaran versi pelan yang lebih murah dengan sokongan pengiklanan, memetik kejayaan serupa yang ditawarkan daripada pesaingnya.

Netflix RM17 Sebulan

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif, Reed Hasting menganggap membenarkan pengguna yang menginginkan harga yang lebih rendah dan bertolak ansur dengan pengiklanan serta mendapatkan apa yang mereka mahukan sangat masuk akal.

Rancangan tersebut menandakan bahawa akan berlaku perubahan besar kepada Netflix.

Syarikat itu sebelum ini telah ditanya berulang kali selama bertahun-tahun jika ia akan mempertimbangkan untuk membawa iklan ke dalam platform tersebut, namun idea itu sering ditolak.

Pada persidangan tahun 2017, Hastings mencadangkan bahawa syarikat itu tidak sesuai untuk bersaing dengan syarikat seperti Facebook dan Google dalam mendapatkan iklan.

Beliau mengakui perubahan besar yang berlaku pada ketika ini dan berkata model iklan itu cukup matang dan terbukti berjaya untuk bersaing dengan platform lain seperti Hulu dan Disney.

Sumber: Techcrunch, BH, Express UK