
Hilang Kerja Akibat Krisis COVID-19? AEON Malaysia Sedang Cari ‘Rider’ Walaupun Tiada Motosikal
Peluang Pekerjaan AEON Malaysia: Rider.
Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh rakyat ketika krisis COVID-19 melanda dunia adalah kehilangan pekerjaan.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menganggarkan sebanyak 2.4 juta rakyat Malaysia akan kehilangan pekerjaan manakala graduan pula sukar mencari kerja ketika ini.
Pastinya mereka yang kehilanga pekerjaan dan baru sahaja mula mencari kerja masih mencari-cari pelbagai peluang untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.
Dalam keadaan sukar ini, peluang mencari pekerjaan baharu sedikit tipis kerana perlu bersaing dengan ramai orang yang kehilangan pekerjaan. Tetapi jangan risau, ada beberapa tempat yang memerlukan dan memberi peluang kenapda anda yang hilang kerja.
AEON Retail Malaysia kini membuka peluang menjadi rider kepada mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas serta kehilangan sumber pencarian akibat COVID-19.
Tawaran berupa kontrak satu tahun ini terbuka kepada mereka yang berusia antara 25-40 tahun dengan syarat memiliki lesen memandu sekurang-kurangnya B2 atau B, tiada rekod jenayah dan menyertakan sekali surat berhenti kerja.
Bagi mereka yang tiada kenderaan, usah risau kerana pihak AEON akan menyediakan motosikal untuk tujuan penghantaran barang dan akan diberikan percuma selepas satu tahun tertakluk kepada terma dan syarat.
Bagaimana untuk mendaftar menjadi rider AEON?
Difahamkan, anda hanya perlu mendaftar melalui pautan yang diberikan. Pautan ini akan membawa anda ke group WhatsApp.
Maklumat lanjut boleh ke laman aeonretail di sini. Semoga mereka yang hilang pekerjaan dipermudahkan segala urusan.