Highland Towers Bakal Diperindahkan Sebagai Tapak Bersejarah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Highland Towers sebagai tapak bersejarah?

September lalu, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin, berkata pihaknya sedang menunggu kelulusan peruntukan berjumlah RM8.9 juta bagi membayar kos pengambilalihan tanah Highland Towers daripada kerajaan negeri Selangor.

BACA: Tapak ‘Berhantu’ Highland Towers Diroboh Akhir Tahun Ini, Bakal Jadi Taman Rekreasi

Semalam (11 Disember), Zuraida berkata tapak kondominium Highland Towers bakal diindahkan semula untuk dijadikan sebagai tapak bersejarah, bukannya tugu peringatan seperti yang digemburkan media.

Tapak berkenaan adalah bertujuan untuk memperingati peristiwa tragis yang berlaku pada tahun 1993 – genap 25 tahun lalu pada hari semalam.

Kawasan tapak yang didakwa menjadi lubuk masalah sosial itu akan diceriakan menerusi pembangunan tempat bersejarah dan dalam pada masa sama menjamin kesejahteraan penduduk di sana.

Highland Towers Bakal Jadi Taman Rekreasi

Runtuhnya bangunan Highland Tower menjadi satu tragedi terburuk selepas Malaysia mencapai kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Meragut 48 nyawa akibat daripada runtuhan satu daripada tiga blok bangunan pada 11 Disember 1993, tragedi ini masih lagi menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menempatkan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3 di pangkalan barat bukit curam yang kemudiannya ditereskan secara meluas pada awal 1980-an, keruntuhan adalah disebabkan oleh kejadian tanah runtuh selepas hujan lebat berterusan.

Ada desas desus mengatakan bahawa angka rasmi kematian seramai 48 orang yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah berbeza daripada sumber lain iaitu lebih daripada 55 orang; kebanyakannya warga Malaysia dan 12 orang asing.