Hidup Tidak Akan Kembali Sediakala Selagi Vaksin COVID-19 Belum Ditemui – Saintis

Kehidupan Tidak Kembali Selagi Vaksin Tidak Ditemui

Penduduk di Wuhan sudah mula menyambung semula kehidupan seharian seperti sediakala; memenuhi kawasan sistem pengangkutan awam untuk keluar dari bandar itu, mengatur semula aktiviti seharian dan sebagainya selepasĀ  bandar itu dibuka semula selepas 76 hari berkurung akibat wabak COVID-19.

Walaupun perintah berkurung penduduk di sana sudah ditarik semula, kehidupan seharian mereka tidak sama seperti dahulu kerana masih perlu mengikut beberapa peraturan untuk tidak kembalinya semula wabak berbahaya ini.

Ya, sebenarnya kita masih belum bebas dari virus ini selagi vaksin COVID-19 belum ditemui. Dr Ali Nouri iaitu Presiden kepada Gabungan Saintis Amerika menyatakan bahawa tiada satu ‘tarikh magis’ (tarikh spesifik) yang akan membuatkan semua orang boleh menjalani kehidupan seperti sediakala seperti makan di restoran dan menonton wayang kerana mungkin akan mencetuskan gelombang baharu pandemik ini.

Katanya, semuanya akan berbeza sehingga penawar kepada COVID-19 dapat dibangunkan yang mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya setahun – bermakna kehidupan normal hanya dapat diteruskan pada tahun seterusnya.

“Sebaik sahaja bulan Jun datang, seterusnya bulan Julai, ia tidak akan menjadi situasi yang mana restoran dan pawagam kembali sesak. Ia akan berbeza, saya menjangkakan sehingga kita mempunyai vaksin,” ujarnya.

Dr Ali Nouri merujuk kepada penempatan di Wuhan yang mana pergerakan mereka masih terbatas walaupun sudah tamat perintah berkurung selama 11 minggu itu. Hal ini membuktikan, tidak kiralah walaupun sesebuah negara itu berjaya meratakan lekuk pandemik itu, semua orang masih perlu berwaspada agar tidak ‘menghidupkan virus’ itu semula.

Kehidupan Tidak Kembali Selagi Vaksin Tidak Ditemui

Dalam pada itu, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata, dunia kini dalam kemelesetan yang lebih buruk daripada krisis kewangan global. Bergantung kepada pakej-pakej rangsangan ekonomi sahaja tak cukup untuk melawan impak krisis kali ini.

Kemelesetan ekonomi yang biasa berlaku apabila permintaan turun ketara dalam masa yang singkat. Tetapi dalam krisis COVID19, kedua-dua permintaan dan pembekalan hancur dalam masa yang paling singkat akibat sekatan ketat yang dilaksanakan.

Selagi vaksin COVID-19 belum ditemui, dihasilkan secara besar-besaran dan diedar kepada semua orang dalam dunia, ekonomi dunia tidak akan memulih seperti dahulu.

Sumber: Metro