Hero Yang Merungkai Misteri Penyakit Nipah Di Malaysia 6

Hero Yang Merungkai Misteri Penyakit Nipah Di Malaysia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda tahu tentang hero di sebalik penemuan virus Nipah di Malaysia?

Menurut bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee pada 21 April lalu, Malaysia sekali lagi sedang berada dalam keadaan getir selepas gelombang keempat wabak pandemik COVID-19 kembali menyerang bermula 1 April lalu.

Belum pun reda penularan wabak COVID-19, sudah ada pihak yang meramalkan virus Nipah yang bermula di Asia bakal menjadi pandemik yang seterusnya.

Sekiranya hal ini benar-benar berlaku, maka penduduk dunia sekali lagi terpaksa berhadapan dengan ancaman kesihatan yang boleh meragut nyawa sehingga 75% risiko kematian pada penghidapnya.

Sejarah awal virus Nipah

Virus Nipah mula dikenal pasti pada 1999 selepas 105 orang nyawa manusia diragut satu penyakit misteri dengan kejadian paling teruk adalah di Kampung Sungai Nipah dan Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

nipah-0-1

Namun siapakah individu yang menjadi hero dalam menemukan virus yang diambil sempena lokasi kejadian itu?

Dr Chua Kaw Bing

Hero Yang Merungkai Misteri Penyakit Nipah Di Malaysia 1
Kredit: NPR

Semasa bergelar pelajar doktor falsafah (PhD) dalam bidang Virologi di Universiti Malaya (UM), Dr Chua Kaw Bing menjadi orang pertama yang menemui virus maut yang kemudiannya diberikan nama virus Nipah.

Ketika berusia 20-an, Kaw Bing menceritakan beliau terlibat secara rasmi dalam penyaisatan virus tersebut pada 27 Februari 199 ketika seorang peladang di Bukit Pelandok dimasukkan ke Pusat Perubatan UM (PPUM) selepas mengalami akut encephalitis.

BACA: COVID-19 Belum Habis, Muncul Pula Norovirus Dengan Sifat Hampir Sama

Selepas melakukan penyelidikan melalui cecair pada pesakit selepas tiga hari dimasukkan ke PPUM, beliau mengesan satu virus luar biasa dan beliau percaya ianya bukanlah virus Japanese Encephalitis (JE).

Pada ketika itu, beliau sedar bahawa virus yang ditemuinya itu merupakan virus baharu yang mampu membunuh sesiapa sahaja termasuklah mereka yang berada di dalam makmal tersebut.

Namun apabila beliau memaklumkan penemuan tersebut kepada ketua jabatannya, jawapan yang diterima agak mengecewakan kerana didakwa ianya adalah sejenis kontaminasi.

Tidak berani untuk mencabar keputusan ketua jawapannya, Kaw Bing kemudiannya mendapati paten uji kaji daripada pesakit tadi sama dengan pesakit yang ditempatkan di PPUM.

Tidak berputus asa, beliau kemudiannya sekali lagi memberitahu ketua jabatannya mengenai penemuan itu tapi sekali lagi kecewa apabila ketua tersebut menyuruhnya untuk mengabaikannya.

Kaw Bing kemudiannya nekad membelakangi arahan tersebut dan cuba untuk meyakinkan rakan sekerjanya yang lain berhubung penemuan berkenaan dan satu-satunya yang percaya beliau adalah juruteknik makmal, PS Hooi.

Berdasarkan sampel pesakit dari Bukit Pelandok dan Ipoh yang dipindahkan ke Hospital Tawakal di Kuala Lumpur, Kaw Bing mendapati ada nyalaan hijau terang seakan-akan lampu.

Hero Yang Merungkai Misteri Penyakit Nipah Di Malaysia 5

Beliau kemudiannya memanggil ketuanya sekali lagi dan selepas melihat sampel menerusi UV-mikroskop, muka ketuanya terus berubah. Sampel tersebut turut ditunjukkan kepada rakan-rakan lain termasuklah Profesor Tan, Dr Winnie dan Dr Sazaly Abu Bakar.

Berita itu kemudiannya dipanjangkan kepada Menteri Kesihatan dan Institusi Penyelidikan Veterinar pada 9 Mac 1999 memandangkan selama tempoh itu Malaysia telah menanganinya dengan cara yang salah.

Sebelum penemuan tersebut, Malaysia berpegang pada kepercayaan bahawa kematian misteri itu adalah berpunca daripada penyakit JE yang dibawa nyamuk.

Pada ketika itu, lokasi-lokasi panas sentiasa disembur untuk membunuh nyamuk, namun usaha itu masih lagi gagal menghentikan kematian.

Berpunca daripada babi dan bukannya nyamuk

Dengan bantuan daripada pihak antarabangsa, Kew bin bersama saintis di Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) di Fort Collins, Colorado mendapati virus berkenaan itu berpunca daripada binatang ternakan dan bukannya nyamuk.

“Tidak hairanlah semua langkah kawalan JE secara intensif yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan gagal. Saya merasa sangat bersalah terhadap nasib petani ladang khinzir yang miskin dan pekerja yang diberikan vaksin JE.

Mereka diberitahu mereka dilindungi dan dihantar semula ke ladang, tetapi terus dijangkiti dan meninggal dunia.”

Virus yang merebak dengan cepat melalui udara itu dikenal pasti sebagai paramiksovirus – sejenis virus yang sering menjangkiti paru-paru.

Beliau terus menghubungi ketuanya di Malaysia dan memaklumkan perkara tersebut selain daripada meminta tindakan segera diambil.

Satu perkara yang menguatkan lagi dakwaan Kaw Bing ialah apabila tiada seorang pun pesakit virus Nipah yang meninggal dunia itu datang daripada kaum Melayu, sebaliknya hanya Cina.

Kubur digali, babi ditembak

Bermula daripada itu, kubur gergasi digali dan sejumlah sejuta ekor babi dihapuskan dengan cara ditembak sebelum dikambus.

Langkah ini membuahkan hasil dan virus Nipah dapat dikawal dan ditamatkan.

Atas usahanya, Kaw Bing dan rakan-rakannya menerima Anugerah Merdeka dan Anugerah Sains Mahathir.

Pada tahun 2017, dilaporkan beliau berkhidmat sebagai saintis di Temasek Life Science, Singapura.

Selain daripada itu, Kaw Bing juga merupakan individu yang menemui virus Kampar pada tahun 2006.

Filem virus Nipah

Pada tahun 2011, syarikat perfileman Participant Media, Imagenation Abu Dhabi dan Double Feature Dilms telah menerbitkan filem yang diadaptasi daripada kisah penularan virus Nipah dan beberapa virus lain seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema babi (H1N1).

Filem arahan Steven Soderbergh menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Marion Cotillard, Matt Damon, Laurence Fishburne, Jude Law, Gwyneth Paltrow dan Kate Winslet.

Sumber:

  1. Sinar Harian
  2. NPR
  3. WHO