
Hentikan Stereotaip, Sekolah Di Sepanyol Perkenal Silibus ERT Khas Untuk Pelajar Lelaki
Kerja rumah sering kali disinonimkan dengan kaum wanita disebabkan peranan mereka sebagai isteri dan ibu memerlukan mereka menguruskan keperluan rumah seperti mengemas dan memasak.
Stereotaip ini menyebabkan wujudnya satu perspektif dalam ketidaksamarataan gender sehingga ada stigma terhadap kaum lelaki yang menjalankan kerja-kerja wanita di rumah.
Sebagai inisiatif memecahkan stereotaip ini, sebuah sekolah di Sepanyol iaitu Montecastelo School of Spain telah mewujudkan satu silibus khas iaitu silibus ekonomi rumah tangga khas untuk pelajar lelaki mereka.
Antara yang diajar di dalam kelas tersebut ialah memasak, menggosok pakaian dan menjahit dengan motif supaya pelajar lelaki mengetahui bahawa:
- Kerja rumah tidak mengira jantina.
- ‘Rumah’ tidak terdiri daripada seorang sahaja, tetapi dua; lelaki dan wanita.
- Perasaan empati dalam mencapai kesamarataan gender.
- Hentikan stereotaip.
- Pelajaran kehidupan yang tidak akan dilupakan.
Bukan itu sahaja, mereka turut diajar mengenai kemahiran pertukangan, sistem paip dan elektrik dengan bantuan secara sukarela daripada guru, wakil sekolah dan juga ayah kepada pelajar.
Mendapat respon positif daripada para pelajar, ada ibu bapa yang menzahirkan kegembiraan mereka kerana anak-anak mereka sudah mampu menjalankan kerja-kerja rumah yang mudah tanpa mengharapkan sepenuhnya bantuan daripada ibu bapa.
Sumber: Bright Side
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese.
Kolaborasi Robert De Niro & Martin Scorsese
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



