Melancong Jadi Spy

Hati-Hati Melancong! Anda Mungkin Direkrut Jadi ‘Spy’ Israel Dengan Cara Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, negara dikejutkan dengan pendedahan media tempatan yang melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan seorang warga Palestin yang diculik oleh sekumpulan rakyat tempatan.

Syabas polis Malaysia!

Yang paling memeranjatkan ialah apabila mengetahui kumpulan rakyat tempatan tersebut sebenarnya merupakan pembelot agama dan negara yang direkrut oleh agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim itu memburu anggota Hamas di Malaysia.

Melancong Jadi Spy

Polis kini dalam usaha untuk memburu serta mendedahkan lagi operasi tali barut Mossad tersebut dan sedang giat untuk menjejaki rangkaiannya di negara kita.

Melancong Jadi Spy

Menulis di Facebooknya, Taufiq Razif turut sama ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai rangkaian mereka ini dengan berkongsi maklumat sulit berikut sebagai amaran dan peringatan kepada orang ramai yang melancong agar tidak terjebak dengan taktik yang digunakan oleh mereka untuk merekrut ejen ‘spy’ baharu.

Semoga dapat dijadikan pengajaran dan mohon disebarkan untuk mengelakkan lebih ramai terpedaya dan menjadi mangsa.

Melancong Jadi Spy

Bila dapat tahu ada 11 rakyat Malaysia terlibat jadi spy dan talibarut Isr*el saya tak terkejut pun sebab saya dah dapat dah maklumat dalaman kat mana diorang rekrut spy diorang ni.

Sebenarnya antara cara diorang rekrut spy dan talibarut ni melalui pelancong yang pergi melancong ke Masjidil Aqsa!

Ni maklumat yang tak ramai tahu ni sebenarnya. Caranya macam ni, contohnya kita  pergi ke sana dalam satu kumpulan 10 orang. Bila sampai di border dia akan pecahkan kumpulan tersebut dan mungkin akan periksa seorang demi seorang.

Di belakang CCTV ada psikologis Isr*el yang pakar dalam membaca profiling dan bahasa tubuh manusia. Jadi dalam 10 orang tadi mungkin dia akan pilih 1 orang sahaja untuk direkrut jadi spy.

Cara dia rekrut, dia takkan rekrut secara terus terang. Mula-mula dia akan buat baik, dilayan macam raja dan dia akan bagi 1 task mudah je contohnya bila balik Malaysia nanti tolong catatkan harga ayam di pasar setiap hari.

Mana orang tu tak mahu kalau suruh buat task yang mudah tapi ganjarannya berpuluh ribu hingga beratus ribu ringgit. Lepastu kalau dah berjaya buat 1 task, dia akan naik level ke task berikutnya hingga lah sampai kepada task yang rumit hinggalah kepada task memb*nuh dan menc*lik.

Ni maklumat sulit ni tapi saya kena bagitahu juga supaya anda semua boleh sebarkan dan bagitahu orang lain jangan sesekali bercuti ke Masjidil Aqsa ketika sedang dijajah oleh Isr*el! Nak pergi bercuti, tunggu Masjidil Aqsa tu dibebaskan dulu kalau tak memang bahaya pada keselamatan negara. Jangan perjudikan keselamatan negara hanya kerana nak bercuti ke sana.

BACA: Koyak Dengan Kecaman Siber, Wanita Israel Ini Dakwa Malaysia Bekerjasama Dengan Hamas

Sumber: Taufiq Razif