Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 4

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda

Aktif menyebarkan kesedaran mengenai pendidikan seksual di media sosial, Fairuz atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi baru-baru ini berkongsi mengenai isu fetish.

BACA: Lelaki Ini Tepuk Dahi Apabila Tahu Ada Isteri Di Luar Sana Sanggup Layan Kandungan Dewasa Demi Suami

Untuk pengetahuan anda, fetish merupakan satu keadaan di mana seseorang itu cenderung untuk meminati atau menyukai sesuatu yang sangat spesifik dengan rangsangan nafsu terhadap objek.

Di dunia ini ada pelbagai jenis fetish. Ada yang minat pada makanan, pakaian dan yang paling biasa dijumpai ialah fetish seks.

Akhi Fairuz

Yang terbaharu dalam satu perkongsian, Akhi Fairuz ada memuat naik beberapa tangkap layar seorang pengguna Facebook dengan nama Pemburu Baju Kurung yang menghubungi seorang lagi pengguna Facebook yang lain untuk membeli baju preloved yang dijual.

Pemburu Baju Kurung yang mengakui dirinya ada kecenderungan baju dengan jenis kain licin yang sudah dipakai pemiliknya, Akhi Fairuz secara tegas menjelaskan ianya adalah perbuatan yang tidak normal kerana termasuk dalam kategori parafilia; kehendak seksual yang melampau.

Ia biasanya berlaku bermula dengan ketagihan pornografi. Hormon dopamine yang kerap dirembeskan akhirnya memacu otak pelaku untuk mencari kepuasan seksual yang melampau.

Anda boleh baca tangkap layar perbualan di bawah:

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 1

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 2

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 3

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 5

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 6

Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda 7

Semoga kita dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini sebegini.

Buat mereka yang menjual baju terpakai, hati-hati dengan individu yang mungkin ber nafsu pada pakaian terpakai.

Sebelum ini, Akhi Fairuz ada berkongsi mengenai ada isteri yang sanggup melayan kandungan dewasa demi memuaskan nafsu si suami.

Perkahwinan adalah satu bentuk ikatan antara pasangan yang sudi berkongsi hidup, sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan dalam rumah tangga. Ia merupakan fitrah semula jadi alam dan setiap sesuatu itu ada pasangannya, umpama siang malam, pasang surut dan sebagainya.

Namun, bukan semua benda itu kekal. Akan ada pasang surutnya, akan ada tiba waktu hambar menjenguk ke dalam rumah tangga.

Jika ada yang menyedari bagaimana ianya terjadi dan berusaha untuk memperbaikinya, boleh dikatakan yang pasangan itu betul-betul bertanggungjawab untuk mengekalkan hubungan bahagia mereka.

Jika tidak menyedari, pasti akan hanyut dibawa arus persekitaran sekaligus membawa kepada berantaknya rumah tangga.

Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi