
HATI-HATI! Jangan Dedah Nombor Akaun Bank Anda Sewenangnya Di Media Sosial
Resipi Mi Goreng Mamak Sedap.
Mi goreng adalah satu hidangan terkenal di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Merupakan satu hidangan lengkap yang mengandungi mi kuning, bawang, goreng cili, sayur-sayuran, tomato dan telur serta beberapa sumber protein.
Ia biasanya boleh didapati di gerai mamak di Malaysia dan kebanyakan gerai serta restoran di Singapura.
Di Malaysia ada dua dua jenis mi goreng yang popular iaitu mi goreng basah dan mi goreng mamak.
Walaupun kedua-kedua hidangan ini menggunakan mi kuning sebagai bahan asas, namun rasa dan rupanya tidak sama.
Mi goreng mamak biasanya lebih kering berbanding dengan mi goreng basah dan selalunya mi goreng mamak akan letak kentang yang direbus.
Kadang kempunan nak makan mi goreng mamak tapi tak rasa nak ke restoran, jadi bolehlah masak sendiri.
Harganya pula semakin hari semakin mahal jadi kalau anda yang nak makan banyak tapi tak mahu berbelanja lebih, bolehlah masak mi goreng mamak menggunakan resipi yang dikongsi ini.
Ramai yang sudah mencuba resipi mi goreng mamak ini dan katanya memang sedap. Rugi kalau tak cuba.
Jom kita lihat resipi mi goreng mamak terbaik ini.

Bahan-bahan:
500 gm mi kuning
100 gm daging – hiris nipis
1 mangkuk sawi – potong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
3 sudu cili mesin – nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
2 sudu kicap lemak manis
2 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
1 sudu secukup rasa @ 1/2 kiub ayam
1 biji telur
1 biji tomato dibelah
1 biji kentang dipotong dadu dan direbus
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili, biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging dan kacau rata.
3. Masukkan secukup rasa @ kiub ayam, kicap lemak manis, sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
4. Masukkan serbuk kari. Biar sebentar.
5. Masukkan tomato yang dipotong dan sawi. Kacau sebentar. Masukkan kentang yang direbus tadi.
6. Masukan mi dan sebatikan. Ketepikan mi dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tadi masak sedikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Kemudian masakkan mi hingga agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.
Selamat mencuba!
BACA: Resipi Mudah Mi Celup Ala Thai Pasti Sedap
Sumber: Resipi Viral Terbaik
Trending now



