
Hati-Hati! Ini Taktik Terbaharu Lelaki Pakistan Demi Tinggal Lama Dan Berniaga Di Malaysia
Ramai warga asing sanggup melakukan apa sahaja untuk menetap dan menjalankan perniagaan di Malaysia, termasuklah mengahwini wanita tempatan yang berusia.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabag, Musa Sulaiman mendedahkan bahawa terdapat lelaki Pakistan yang sanggup berkahwin dengan wanita berusia termasuklah yang berstatus nenek.
Pada awalnya, pihak imigresen syak ada yang tidak kena dengan permohonan tersebut, namun apabila disemak, kesemua dokumen lengkap dan ada rekod dari pihak jabatan agama.
Taktik licik ini dijalankan oleh lelaki Pakistan yang berumur sekitar 20-an hingga 30-an yang mencari mangsa dalam lingkungan umur 50 hingga 60 tahun demi mendapatkan pas lawatan sosial suami asing kepada warganegara, tinggal lebih lama dan berniaga.di sini.
Ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita tempatan yang berasal dari Sabah dan berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warganegara negeri tersebut.
Mengulas isu ini, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu pihak kerajaan akan mengkaji kes-kes sebegini. Sekiranya syarat-syarat pas dan permit yang dipegang warga asing tersebut melanggar syarat Jabatan Imigresen maka mereka akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.
Sumber; FMT
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang
https://www.instagram.com/p/B2S9oqTj50A/