Tandas Awam

Hati-Hati Di Tandas Awam, Pencuri Kini Suka Rembat Beg Ketika Mangsa ‘Melepas Hajat’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Macam-macam perangai orang nak cari duit sekarang ini tanpa memikirkan soal halal haram dan dosa pahala. Hampir setiap hari ada saja kisah ‘scammer’, jenayah rompak, ragut dan mencuri dilaporkan oleh akhbar serta dikongsikan oleh netizen di media sosial.

Terbaharu, khabarnya kini ada pencuri yang sanggup mengekori mangsanya sehingga ke dalam tandas awam tanpa mempedulikan rasa geli atau bau yang terpaksa mereka hadapi semata-mata untuk mencuri barangan berharga mangsa yang sedang asyik membuang air.

Berikut merupakan perkongsian yang dibuat oleh Kelly Qodin (Faiz Kamanoordin) di Facebooknya untuk dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar lebih berwaspada ketika sedang termenung ‘melepas hajat’ di tandas-tandas awam ketika ini.

Tandas Awam

Assalammualaikum.. 26/10/2022 hari tu saya dan wife ada ke Penang sat.. pusing punya pusing nak gerak balik tu kami singgah ke Shell Tol Juru atas permintaan dia untuk melepaskan hajat dia.. time tu pukul 12.30 pagi dah.

Sebelum nie tak pernah langsung dia bawak handbag, ke tandas, nak jadikan cerita dia masuk tandas tu bersama handbag dia.. dalam tandas tu ada 3 bilik air.. yang tengah-tengah tu tertutup dan dia ke bilik air hujung.

Kita macam biasa, selalu kita akan sangkut bag atau seluar kat penyangkut di pintu tandas tapi takdak penyangkut tu.. so letak la atas tempat letak barang ni.. tengah sedap melepaskan hajat dia, sang pencuri tu gapai handbag yang wife saya letak atas tu dan terus lari.. wife takkan nak lari jugak, duk clear-clear apa patut dulu dah makan masa..

CCTV menghadap tandas wanita memang takdak kat situ.. selalu aku tengok dalam FB ja kes curi ni.. tapi kali nie rare, curi tengah berak.. laporan polis telah dibuat.

So aku sekadar berkongsi pengalaman yang terjadi pada wife aku.. semoga kita semua akan terus berhati-hati.. tengah berak pun dia selup.

Phone
IC
Card bank
Wallet
Duit RM5 jerr tinggal dalam beg..

BACA: Sindiket Guna Kanak-Kanak Untuk Mencuri, Pemilik Kedai Makan Digesa Berwaspada

Sumber: Kelly Qodin