Foto Facebook Mohamad Razif

Hati-Hati Dengan ‘Ustaz TikTok’, Latar Belakang Diragui, Tak Belajar Agama Secara Formal, Fatwa Ganjil Dan Bercanggah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Islam sangat menggalakkan amalan tegur menegur dan saling memperingati antara satu sama lain bagi meningkatkan ketakwaan sesama umatnya.

Mereka yang lebih arif dan berilmu juga digesa agar sentiasa membantu untuk memperbetulkan sebarang kekhilafan atau kesilapan dalam kehidupan seharian.

Atas dasar inilah, Ustaz Mohamad Razif Fuad melalui akaun Facebooknya baru-baru ini, telah membuat satu hantaran mengenai teguran yang dibuatnya terhadap “ustaz-ustaz” yang ditemuinya di TikTok.

Beliau yang baru saja seminggu membuka akaunnya sendiri telah menceritakan pengalamannya yang sempat menemui beberapa orang “ustaz muda” di platform media sosial tersebut.

Menyedihkan apabila didapati walaupun “ustaz-ustaz” TikTok yang berusia awal 20-an ini amat berpengaruh serta mempunyai ratusan ribu followers dan jutaan Likes, ‘kelayakan’ sebenar mereka amat diragui.

Dikhuatiri ajaran mereka tidak tepat dan menyimpang kerana tidak mendapat pendidikan agama yang formal, beliau sempat membuat beberapa teguran dan berharap agar orang ramai juga lebih berwaspada melalui hantaran Facebook beliau berikut.

Tangkap layar dari Facebook Mohamad Razif
– Tangkap layar dari Facebook Mohamad Razif

Baru buat akaun Tiktok. Cuma masih tak ada masa nak aktif di sana. Baru seminggu di sana, saya kenal beberapa orang anak muda Tiktokers awal 20-an yang dipanggil “ustaz” oleh followers yang mencecah ratusan ribu. Likes mencecah jutaan.

Ustaz A, saya tegur dengan baik di ruang komen apabila gunakan hadis palsu untuk galakan berselawat. Terus saya di”block”.

Ustaz B buat live mengajar tasawwuf. Tapi banyak ketawa, sibuk baca komen-komen, menyanyi, kemudian mengantuk.

Itu tak termasuk “fatwa-fatwa” yang ganjil dan bercanggah dengan hukum sebenar.

Teringat kata Imam Abu Hanifah kepada muridnya Imam Abu Yusuf:

تَزَبَّبْتَ قَبْلَ أَنْ تُحَصْرِمَ

Maksudnya: “Kamu telah menjadi kismis sebelum menjadi anggur.”

Bila diteliti latarbelakang Tiktokers ni, ada beberapa orang yang tidak belajar agama secara formal, mula masuk pondok selepas SPM.

Pengaruh mereka amat baik jika digunakan ke jalan yang tepat. Cuma amat rugi bila tak dipandu. Mungkin pendakwah yang lebih otai macam Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan boleh tengok-tengokkan adik-adik ni 😁

BACA: Keghairahan Menjadi Selebriti Agamawan Yang Membinasakan – Ustaz Hasrizal

Sumber: Mohamad Razif