Emosi Ibu Baru Melahirkan

Hati-Hati Dengan Emosi Ibu Yang Baru Melahirkan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setelah melalui fasa kesakitan melahirkan, kebanyakan ibu-ibu akan mengalami ketidakstabilan emosi. Bukan kerana mereka ini manja atau pun tidak kuat iman, tetapi kerana mereka baru sahaja melalui fasa berjuang dengan kematian.

Emosi ibu yang baru melahirkan jika tidak dijaga boleh menyebabkan kemurungan. Jangan kata mereka ini tidak cuba melawan hasutan syaitan dan terikut dengan rasa, sedangkan hakikatnya mereka sahaja yang tahu.

Sebab itulah, mereka memerlukan sokongan daripada ahli keluarga terdekat dan yang paling penting adalah daripada si suami. Gangguan emosi wanita yang baru melahirkan berlaku akibat daripada perubahan hormon.

Daripada segi peratusan, 85% wanita dalam pantang mengalami gangguan perasaan pada tahap ringan dan tidak membahayakan dan mereka ini tidak memerlukan rawatan kerana berlaku dalam masa yang singkat.

Manakala 10% wanita mengalami gangguan yang lebih mendalam dan panjang. Golongan 10% ini jika tidak diberikan rawatan berkemungkinan besar boleh mendatangkan kemudaratan.

Emosi Ibu Baru Melahirkan 2

Ada beberapa tanda untuk anda (para ibu) mengenali sekiranya anda menghidap gejala kemurungan selepas bersalin, antaranya:

1. Berfikiran negatif
Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak sekiranya anak sering meragam atau menangis tanpa sebab.

Ada juga yang merasakan perlu melarikan diri daripada semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir. Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.

Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.

2. Cepat marah
Ada waktu, anda akan merasa mudah marah, cepat melenting dan naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil.

Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda. Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.

Emosi Ibu Baru Melahirkan 1

3. Mudah lupa
Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Kadang-kadang perkara kecil seperti menyusukan anak atau mandi pun terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula. Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, atau urat putus sewaktu proses melahirkan. Tetapi kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.

4. Sukar tidur (Insomnia)
Tanda ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun sudah letih selepas melahirkan, masih lagi tidak mampu untuk tidur. Ataupun walau sudah tidur, anda masih merasa letih dan lesu. Ini menunjukkan bahawa mental anda sebenarnya sedang penat, bukannya tubuh badan.

5. Rasa kosong
Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun. Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat. Anda juga tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.

Kadangkala, tanda-tanda ini tidak dapat dikesan kerana ramai yang berpendapat ianya adalah tanda biasa individu cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang. Daripada segi perubatan dan sains, gangguan perasaan wanita boleh dibahagikan kepada tiga peringkat tahap keterukan iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan meroyan (postpartum psychosis).

1. Gangguan perasaan ringan

Emosi Ibu Baru Melahirkan

2. Kemurungan

Emosi Ibu Baru Melahirkan 1

 

Emosi Ibu Baru Melahirkan 2

3. Meroyan

Emosi Ibu Baru Melahirkan 3

Namun masalah ini boleh diatasi dengan bantuan suami, ahli keluarga dan orang-orang terdekat terutamanya dalam menguruskan bayu atau anak sedia ada. Untuk ibu-ibu baru melahirkan ada beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bagi mengatasi gejala ini, antaranya:

  • banyakkan berehat,
  • makan makanan sihat dan berkhasiat,
  • libatkan diri dengan kumpulan sokongan, dan
  • berfikiran positif.

Sumber: Bel Nawhen