Banduan Dapat Pengampunan Cemerlang SPM 6A

Hasrat Banduan Mahu Dapat Pengampunan Bakal Tercapai Selepas Cemerlang 6A SPM

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kisah 16 banduan melakukan sujud syukur selepas selesai menjawab soalan peperiksaan terakhir di Sekolah Integriti Penjara Marang pernah tular di media sosial, dalam masa yang sama calon sekumpulan SPM di sekolah biasa ‘berpesta’ di jalan raya sehingga mengundang kemarahan netizen.

BACA: 2 Situasi Berbeza Rai Habis SPM: Pelajar Biasa VS Pelajar Banduan

Pada Khamis (5 Mac 2020) merupakan tarikh keputusan SPM 2019 dan salah seorang banduan yang pernah berhasrat ingin ‘terbang jauh’ dari penjara akhirnya bakal membuahkan hasil apabila berjaya meraih 6A SPM.

“Enam A yang amat berharga untuk pengampunan walaupun masa depan masih tidak mampu diduga,” luahnya selepas mengetahui dirinya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

Hassan, 21 yang ditemu ramah BERNAMA berkata dirinya mungkin akan kekal di situ, jika dirinya sendiri tidak berusaha melakukan perkara yang terbaik untuk mendapatkan pengampunan.

Katanya, kejayaan diperoleh bukan sahaja atas hasil usahanya tetapi daripada doa orang ramai yang mendoakannya, malah tidak mustahil untuknya ‘bebas’ dari penjara selepas disabit pada 2016 atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Malam tadi saya tak dapat lelap mata. Macam-macam bermain di fikiran. Saya sangat berharap keputusan cemerlang untuk buka mata banyak pihak.

“Orang lain mungkin akan sibuk mengisi kemasukan ke universiti. Saya juga ada keinginan, walaupun belajar secara online tetapi ia perlukan perbelanjaan sendiri, bimbang juga keluarga tidak mampu,” katanya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Banduan Dapat Pengampunan Cemerlang SPM 6A
Sumber: BH

“Semasa di luar (bebas), saya tak dapat gembirakan mak. Hanya sekarang baru berpeluang. Saya memang nak keluar, jadi orang awam. Semua nak buat untuk mak,” katanya yang mengakui kesalahan yang dilakukan sebelum ini akibat pengaruh kawan dan kemiskinan.

Sementara itu, penyelia sekolah, Nor Amalia Kasim berkata keputusan kali ini sangat membanggakan dan ia dicapai hasil kerjasama semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan yang turut menyalurkan dana bagi membeli buku sekolah dan buku rujukan.

Sumber: BH