Lagu Inspirasi Koronavirus

Hasilkan Lagu Inspirasi Daripada Koronavirus, Band Indonesia Ini Cipta Fenomena

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sudah lebih sebulan wabak korona yang melanda dunia telah menanamkan kebimbangan pada warga dunia. Mendapat inspirasi daripada wabak berkenaan, sebuah band dari Indonesia, Gafarock meraih perhatian apabila hasilkan lagu mengenainya.

Lagu Inspirasi Koronavirus 1

Mencampurkan empat bahasa iaitu Sunda, Ngapak, Jawa dan Indonesia, muzik video Gafarock kini sudah mencecah tontonan lebih 2.6 juta setakat mula dimuat naik di YouTube sejak 1 Februari lalu.

Turut menyampaikan pesanan dalam lagu ini, tonton nyanyian Gafarock hasilkan lagu di pautan bawah:

Dalam usaha membasmi penularan wabak koronavirus yang melanda, kerajaan China secara rasmi telah mengumumkan pengharaman acara pengebumian untuk mangsa yang maut akibat daripada wabak tersebut.

Arahan yang dikeluarkan Sabtu lalu melalui Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (UHC) memberitahu mayat-mayat mangsa akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.

Ahli keluarga serta kenalan mangsa yang maut juga dihalang daripada melawat mayat dan menghadiri upacara berkenaan namun dibenarkan untuk mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.

Para saintis mendapati wabak koronavirus yang sedang melanda dunia kini mampu bertahan pada permukaan yang kerap disentuh sehingga tempoh sembilan hari.

Antara permukaan yang mempunyai potensi jangkitan ialah tombol pintu, besi pemegang dalam kenderaan awam serta beberapa permukaan yang kerap disentuh di kawasan tumpuan ramai seperti hospital dan besi pemegang kenderaan awam.

Menurut kajian terbaharu di Jerman, virus korona ini mampu bertahan empat kali lebih lama berbanding virus demam biasa. Namun ianya boleh dihapuskan sekiranya permukaan dilap dengan menggunakan produk pembasmi jangkitan.

Tidak banyak yang diketahui mengena virus ini menjadikan saintis melihat kepada virus yang sama seperti SARS dan MERS untuk mendapatkan jawapan.

Secara purata, jangka hayat koronavirus boleh bertahan antara empat ke lima hari pada permukaan material seperti aluminium, kayu, kertas plastik dan gelas.

Untuk langkah keselamatan, amalkan langkah kebersihan seperti sentiasa mencuci tangan dan memakai topeng muka bagi mengelakkan jangkitan.