Barista Malaysia Kejohanan Seni Latee Dunia 4

Hasilkan Corak Beruang, Barista Malaysia Juarai Kejohanan Seni Latte Dunia 2019 Di Korea

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Barista Malaysia, Irvine Quek Siew Lhek sekali lagi berjaya mengharumkan nama negara dengan kemenangannya bergelar juara di Kejohanan Seni Latte Dunia 2019 anjuran World Coffee Battle di Korea Selatan.

Barista Malaysia Kejohanan Seni Latte Dunia 5

Bergelar juara untuk kali kedua selepas memenangi Kejohanan Seni Latte Dunia 2018 di World Coffee Events tahun lalu di Brazil, Irvine mengalahkan barista dari Korea Selatan, Kim Young Jin dengan perbezaan 10 mata (73-63).

Barista Malaysia Kejohanan Seni Latee Dunia 1

Melakar seni corak latte berupa seekor beruang dengan ikan di mulut, Irvine memberitahu corak tersebut direka khas untuk pertandingan yang diadakan di Seoul, Korea dari Sabtu hingga Isnin lalu.

https://www.instagram.com/p/B4eFeCxh7pS/

Barista Malaysia Kejohanan Seni Latee Dunia 2

Mengambil masa tiga bulan untuk berlatih bagi menjadikan corak seninya lebih sempurna, Irvine gembira serta bangga untuk berada bersama dengan yang terbaik semasa di pentas pertandingan.

“Ia masa yang amat sukar bagi saya dan ia penuh dengan tekanan bagi membuat persediaan, saya amat gembira kerana berjaya dan saya rasa amat gembira kepada semua yang menyokong saya dan saya gembira saya tidak mengecewakan anda semua.”

 

Siapa sahaja yang tak kenal genre seram dari Stephen King.

12 Filem Adaptasi Terbaik Stephen King

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.