Hari Kekasih Kini ‘Halal’ Di Arab Saudi

Sumber: Market Place

Hari Valentine atau Hari Kekasih merupakan sambutan yang bukan menjadi amalan umat Islam.

Namun, negara yang terkenal sebagai lokasi kiblat umat Islam kini secara terangan ‘menghalalkan’ sambutan hari berkenaan di sana sehinggakan menjadi trend.

Jika dahulunya peniaga bunga segar dan pengeluar coklat terpaksa secara bersembunyi menjual produk bertemakan Hari Kekasih kepada pasangan bercinta pada setiap 14 Februari.

Sambutan Hari Kekasih Di Arab Saudi 2
Sumber: Friends Bells

Ini kerana mereka bimbang akan diambil tindakan ditahan dan berdepan risiko kedai dihentikan operasi serta merta oleh Suruhanjaya Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat (CPVPV), kini semua itu sudah tidak berlaku lagi.

Malah dahulunya restoran yang mengambil langkah tidak membenarkan sebarang sambutan termasuklah hari lahir di premis mereka kini secara terangan melakukan promosi untuk orang ramai.

Sambutan Hari Kekasih Di Arab Saudi
Sumber: Suara Merdeka

Hari Valentine merupakan perayaan yang disambut oleh penganut agama Kristian, namun sepanjang minggu ini akhbar-akhbar Arab Saudi ‘sibuk’ dengan promosi-promosi produk serta lokasi untuk orang ramai menyambutnya bersama kekasih.

Sambutan Hari Kekasih Di Arab Saudi 1
Sumber: Suara Merdeka

Kejadian ini berlaku susulan daripada pengumuman Presiden CPVPV, Sheikh Ahmad Qasim Al-Ghamdi pada tahun 2018 bahawa Hari Kekasih tidak bertentangan dengan ajaran Islam kerana kasih sayang adalah bersifat universal dan tidak terhad kepada bukan Islam sahaja.

Manakala di Malaysia pula, Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dalam persidangan kali ke-71 (22-24 November 2005) memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam kerana mempunyai unsur-unsur amalan yang bercampur dengan perbuatan maksiat dan bercanggah dengan agama Islam.

Namun di media sosial, ada video yang menafikan ianya disambut.

Tersiar Kabar Sampah Dari Ahlul Bid'ah Pelaku Amalan Sesat Maulid & Tahlilan Yang Katanya Arab Saudi Melegalkan Hari Valentain di Negara tersebutGa cape2 ya koe Mubtadi memyebarkan berita HoaxKenapa Sakit Hati Ya Terlaknat Oleh Allah di Dua Tanah SuciDL dong… Derita Elo itu masbro…Tobatlah bro, sebelum ajal menjemputmu

Posted by Fahmy Iskandar Harahap on Saturday, February 15, 2020

Sumber: Middle East Monitor, Suara Merdeka