Tayangan Matrix 4 John Wick 4 Sama

Hari Keanu Reeves: Matrix 4 Dan John Wick 4 Kongsi Tarikh Tayangan Yang Sama

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Mei 2021 nampaknya bakal menjadi bulan Keanu Reeves apabila dua buah filem yang dibintangi beliau iaitu Matrix 4 dan John Wick 4 ditayangkan pada tarikh yang sama.

Menurut The Hollywood Reporter, produksi Warner Bros. mengumumkan filem Matrix 4 dijadualkan tayangan pada 21 Mei 2021 yang mana tayangan filem itu sama dengan filem John Wick 4.

Dalam Matrix 4, Reeves masih memainkan peranan sebagai Neo. Dengan kelebihan teknologi terkini, The Matrix 4 dikatakan bakal menjadi karya terbaik daripada siri-siri sebelumnya.

Bagaimanapun, Warner Bros. tidak menyatakan secara spesifik sama ada filem terbaharu ini adalah filem sekuel atau sebaliknya. Mereka hanya menyebut filem ini berlatarkan dunia Matrix.

Tayangan Matrix 4 John Wick 4 Sama
Sumber: Studentproblems

Sementara itu, John Wick 4 akan menjawab segala persoalan yang tergantung dalam Chapter 3 yang mana Wick akan kembali untuk memusnahkan ‘High Table’.

Tayangan Matrix 4 dan John Wick 4 pada hari yang sama cukup membuatkan peminat Keanu Reeves teruja tetapi idea menayangkan kedua-dua filem ini pada tarikh yang sama benar-benar luar biasa. Apa pun, sama-sama kita tunggu dan lihat bagaimana hasilnya nanti.

Sumber: Screenrant