Hargai Usaha Peminat, Lock Comic Anjur Kolaborasi Bersama Majalah Kreko Dalam #KempenShowOffLC20

5 Disember lalu, Majalah Kreko mengumumkan bakal menamatkan operasi mereka secara rasmi selepas bertapak lebih 20 tahun dalam industri komik di Malaysia.

Seperti yang semua sedia maklum, berita tentang penamatan penerbitan majalah Kreko: Komik Remaja mula tersebar sejak…

Posted by Kreko : Komik Remaja on Wednesday, December 4, 2019

Menzahirkan penghargaan pada semua penyokong, Komik Kreko mengumumkan akan mengadakan kolaborasi bersama Lock Comic dalam kempen Show Off LOCK COMIC bagi meraikan peminat dan penyokong komik mereka.

Untuk pengetahuan anda, Kempen Show Off ini merupakan tahun ketiga anjuran Lock Comic dan kali ini mereka akan melakukan kolaborasi bersana Kreko.

Kreko Show Off #KempenShowOffLC20

Bermula 1 Januari hingga akhir Februari 2020, #KempenShowOffLC20 untuk kali ketiga ini akan menyediakan ruangan untuk peminat Kreko berkongsi koleksi masing-masing di [email protected].

📚KempenShowOffLC20xKreko ✍️Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang pengumuman yang Kreko keluarkan semalam, bukan?…

Posted by Kreko : Komik Remaja on Thursday, December 26, 2019

Bukan itu sahaja, di sini juga, peminat Kreko boleh bertukar-tukar pendapat tentang koleksi, tip penyimpanan dan memelihara koleksi serta macam-macam lagi berkenaan dengan hobi dan minat mereka

Untuk maklumat lanjut, anda boleh sertai FB Group LOCK COMIC dan laman FB Page Kreko: Komik Remaja.