Harga Tiket MAVCOM

Harga Tiket Cuti Sekolah Dan Perayaan Melampau, MAVCOM Patut Siasat Syarikat Penerbangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) digesa supaya melakukan siasatan berhubung isu kenaikan melampau harga tambang tiket penerbangan ketika musim cuti sekolah dan cuti perayaan.

Teguran tersebut dibuat oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader yang mempertikaikan tindakan syarikat penerbangan yang gemar membebankan pengguna dengan tambang kapal terbang yang terlalu mahal setiap kali tiba musim cuti.

“Orang ramai selalunya tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa menggunakan khidmat syarikat penerbangan sekiranya mahu pulang ke kampung,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Tinjauan akhbar tersebut juga mendapati, ekoran ada harga tambang yang mencecah hingga hampir RM3,000, ada yang terpaksa membatalkan rancangan perjalanan untuk bercuti.

“MAVCOM mempunyai peranan untuk membendung kenaikan tambang kapal terbang ketika waktu puncak seperti musim cuti sekolah dan cuti perayaan.

‘’Sekiranya berlaku kenaikan tambang yang tidak munasabah oleh syarikat penerbangan, MAVCOM perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera supaya perkara sebegini tidak berterusan,’’ jelas Mohideen Abdul Kader.

Harga Tiket MAVCOM

BACA: ‘Tak Masuk Akal!’ – Netizen Berang Tiket Penerbangan KL Ke Sarawak Lebih Mahal Dari London

Sumber: Utusan Malaysia