
Harga Sebenar Kediaman Minimalis Nobita Mencecah RM2 Juta Di Dunia Sebenar
Harga sebenar rumah Nobita boleh mencecah RM2 juta di dunia sebenar.
Tidak lengkap zaman kanak-kanak jika tidak dilengkapi dengan aktiviti menonton siri animasi robot kucing tanpa telinga, Doraemon.
Sebut sahaja Doraemon pasti terngiang-ngiang di telinga melodi lagu temanya selain daripada suara watak-watak di dalamnya, kan?
Pasti tergambar juga latar belakang tempat siri animasi ini seperti rumah dua tingkat milik Nobita dan Doraemon yang menjadi ‘dasar’ kepada plot cerita.

Terlihat biasa dan sederhana, tahukah anda berapa nilai sebenar hartanah tersebut di dunia nyata?
Untuk pengetahuan anda, biarpun menggunakan konsep minimalis, di dunia realiti harga sebenar rumah dua tingkat yang didiami keluarga Nobita ini sebenarnya boleh mencecah sehingga RM2 juta!
BACA: Pelakon Alih Suara Animasi Doraemon Meninggal Dunia
Menurut seorang penulis Jepun yang dikenali sebagai SOW, rumah ini dianggap sebagai ‘rumah biasa’ pada tahun 70-an namun bayaran pinjaman bulanan boleh mencecah sehingga RM8,000 (200,000 yen). Kalau diikutkan harga pasaran pula, sewa bulanan boleh mencecah RM6,000 ke RM8,000 sebulan.
Pastinya pekerjaan bapa Nobita bukan biasa-biasa.
で、続きましては七十年代の「普通の家」だった野比家。東京都練馬区の、2階建ての一軒家。こちら大幅に安くなり七千万です。それでもローン返済額は月20万。のび太のパパ十分高給取りです。ちなみに「借家じゃね?」と仰るかも知れませんが、その場合、平均相場から考えて、家賃推定16万です。 pic.twitter.com/uCnQBN46v4
— SOW@新作出すよ (@sow_LIBRA11) November 13, 2018
Bukan setakat itu, rumah yang sudah wujud sejak tahun 1946 ini dianggarkan boleh mencecah sehingga RM60 juta di masa akan datang.
Antara rumah animasi Jepun yang mahal di realiti adalah rumah Sailor Moon yang boleh mencecah hingga RM18 juta dan rumah Sin Chan dengan harga sekitar RM800,000.
Terletak di Nerima Ward, Tokyo, rumah Nobita ini merupakan rumah dua tingkat yang mempunyai tiga hingga empat bilik bersama ruangan ruang tamu, bilik makan dan dapur.
