Harga Minyak Turun Mendadak Jejas Ekonomi Malaysia

Harga Minyak Berpotensi Turun Sehingga RM1.35 Seliter Bukanlah Perkara Yang Wajar Diraikan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Usaha perubahan ke atas syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menemui jalan buntu kerana tiada penyelesaian bagi memulihkan syarikat tersebut.

Menurut Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan bersedia menjual syarikat penerbangan berkenaan sekiranya terdapat tawaran baik untuk syarikat itu dan jika dijual, mahu identitinya sebagai syarikat penerbangan kebangsaan akan dikekalkan.

BACA: Malaysia Airlines Diminta Henti Operasi Atau Jual Syarikat

Beberapa faktor menyebabkan kerajaan ingin menjual MAS antaranya kerajaan telah membuat banyak perubahan terhadap syarikat penerbangan itu tetapi setiap kali ia masih gagal.

“Kami telah menukar pengurusan mereka (Malaysia Airlines) berkali-kali, setiap kali kami berharap mereka akan melakukan sesuatu untuk memulihkan syarikat namun mereka gagal… (jadi) sekarang kita mahu menjualnya, tetapi jika kita menjual kepada orang yang akan gagal lagi, ia memang tak berbaloi.”

“Ia bukan sekadar perubahan pengurusan, banyak perkara lain yang salah berkaitan syarikat penerbangan itu yang perlu diperbetulkan,” kata Dr Mahathir kepada pemberita di luar Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di Kuala Lumpur.

Malaysia Airlines akan dijual

Dr Mahathir berkata masih ada pelbagai pilihan yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan dari segi masa depan syarikat penerbangan, termasuk melaksanakan langkah penstrukturan semula atau suntikan tunai oleh kerajaan.

“Mungkin mengubah pengurusan sekali lagi dan mungkin menyusun semula atau menyuntik sedikit wang kerajaan dan perkara-perkara seperti itu, ada banyak pilihan lain,” katanya.

Sebelum ini, banyak pihak yang kecewa dengan pencapaian MAS yang gagal untuk tahun kelima disenaraikan sebagai antara 20 syarikat penerbangan terbaik dunia.

MAS tidak berada dalam kedudukan itu selepas tahun 2014.

Syarikat penerbangan negara itu jatuh pada tempat ke-24 pada tahun 2015 dan 34 pada tahun 2016. Prestasinya terus menjunam kepada tempat ke-31 pada tahun 2017 dan ke-34 pada tahun lalu.

Sumber: Malaysia Gazette, Berita Harian