
Harga Hartanah Kediaman Dijangka Meningkat Sebanyak 8.6% Selepas Pandemik – Kajian
Menurut tinjauan syarikat media dan jualan hartanah, Juwai IQI, harga hartanah kediaman dijangka akan meningkat pada 2021 selepas terhenti pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19.
BACA: Rumah Sangat Tak Mampu Milik, Kos Sara Hidup Tinggi, Apa Nasib Anak Muda?
Pengarah Eksekutif Kumpulan, Kashif Ansari menjelasakan penurunan berkenaan berkenaan berlaku susulan daripada terhentinya harga hartanah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Dalam Tinjauan dan Indeks Hartanah Suku Pertama 2020 di Malaysia yang disertai lebih 340 ejen hartanah dari 7 Feb hingga 19 Mac ini menjangkakan harga hartanah kediaman akan meningkat sebanyak 8.6% menjelang 2021 selepas kekal pada 2020 dengan kadar kenaikan 1.1%.
Malah kadar sewa turut dijangka meningkat pada purata 1.7% sehingga ahir tahun dengan ramalan tertinggi pertumbuhan di Sarawak sebanyak 5.4% dan ramalan paling negatif dengan kemerosotan 5.8%.
Menjelang Januari 2022 pula, ejen menjangkakan kadar sewa akan meningkat kepada 7.1% dan hartanah mungkin akan kekal menarik kepada pembeli asing kerana Malaysia merupakan lokasi strategik berhampiran Jepun, China, Hong Kong dan Singapura.
Turut mencadangkan bahawa ini adalah masa terbaik bagi pelabur dan pembeli rumah pertama mempertimbangkan untuk memasuki pasaran kerana diskaun yang ditawarkan pemaju.
61% daripada ejen berkenaan turut menjangkakan lebih banyak transaksi hartanah akan berlaku pada 2020 jika dibandingkan dengan tahun 2019, manakala 55% lagi menjangkakan akan lebih banyak transaksi daripada pembeli asing.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) telah membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada termasuklah gadai janji dan sewa beli bagi tempoh enam bulan dalam usaha mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan wabak pandemik COVID-19.
Sumber: FMT
Trending now



