Harga Emas Turun Naik, Ini Yang Perlu Anda Tahu 3

Harga Emas Turun Naik, Ini Yang Perlu Anda Tahu

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sejak dari minggu lepas, harga emas menjunam turun, namun naik semula pada hari ini (3 Disember 2020) sebanyak RM2.24.

Untuk pengetahuan anda, harga emas akan berubah dua kali sehari iatu pada waktu pagi 10.30 GMT dan petang 15:00 GMT, dan keadaan ini akan mempengaruhi beberapa sebab dan kesan.

Harga Emas Dijangka Naik 2020
Sumber: Malaymail

Kenapa turun naik harga emas ini boleh berlaku?

1. Permintaan dan penawaran

Apabila berlaku permintaan emas yang tingggi oleh pasaran dunia, harga emas secara automatiknya akan meningkat atas faktor permintaan melebihi pengeluaran.

Ini kerana emas adalah logam berharga yang tidak boleh dicipta menjadikannya sebagai satu sumber mineral yang terhad. Jadi untuk hasilkan emas baharu, sama ada ianya perlu dicari gali atau dikitar semula emas yang sedia ada.

Harga Emas Turun Naik, Ini Yang Perlu Anda Tahu

2. Ekonomi dunia

Keadaan ekonomi dunia boleh dijadikan rujukan sebagai harga emas.  Perubahan mata wang asing pelaburan daripada Euro kepada Dolar Amerika menjadikan harga emas akan naik sekiranya nilai mata wang Dolar Amerika turut naik.

Apabila harga emas turun, pelabur emas kebanyakannya akan melabur koleksi emas mereka sebelum menunggu harga emas meningkat semula. Pada masa ini berlakulah lambakan emas dalam pasaran menjadikan harganya turun.

3. Acara besar dunia

Acara-acara dunia seperti Olimpik, EURO dan FIFA juga menjadi sebab mengapa keadaan ini berlaku. Apabila sesuatu acara mahu dijalankan, negara akan menjual unit rizab emas untuk menampung perbelanjaan acara.

Olimpik Tokyo Mungkin Batal Koronavirus
Sumber: Eurosport Asia

Jadi ini akan menjadikan penawaran emas melebihi permintaan dan kesannya harga emas akan menurun.

4. Pelabur emas

Segala aktiviti yang dijalankan para pelabur emas akan mempengaruhi turun naik harga emas. Contonya ada para pelabur jangka pendek yang cepat panik apabila harga emas diumumkan turun.

Ada juga yang melabur dalam saham emas bertindak menjual pegangan ekuiti dalam pelaburan dan membeli pula bon sebagai pengganti untuk menyelamatkan nilai mata wang semasa dari terus jatuh merudum.

Harga Emas Meningkat Naik Pada 2020

Tahun 2020 menyaksikan harga emas banyak naik daripada turun. Antara faktor yang menjadi penyebab:

  1. Pelabur mencari jalan selamat dengan membeli emas semasa krisis bagi mengekalkan nilai aset mereka. Bila permintaan emas tinggi, secara tidak langsung ini akan meningkatkan harganya.
  2. Dalam menghadapi kemerosotan ekonomi berskala besar di pelbagai negara, bank pusat dari pelbagai negara telah menerapkan polisi pelonggaran duit bagi merangsang pembangunan ekonomi dan menggalakkan peredaran duit. Langkah ini akan menyebabkan nilai wang kertas turun dan dana banyak mengalir ke emas.
  3. Perubahan nilai mata wang Dolar Amerika.