
Harga Durian Musang King Terlalu Yahudi Meskipun ‘Lahir Dan Membesar’ Di Malaysia, Ini Sebabnya
Sebut sahaja Oprah Winfrey, satu dunia mengenali sosok tubuh wanita kelahiran Mississippi itu. Merupakan seorang selebriti, eksekutif media Amerika, penerbit televisyen dan pengacara yang mempunyai rancangannya tersendiri, Oprah tersenarai sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia.
Terkenal dengan rancangan The Oprah Winfrey Show, Oprah berjaya menarik ramai orang untuk menjadi pengikutnya. Disebabkan sudah banyak sumbangan dan kejayaan yang beliau kecapi, seorang ahli majlis Nashville, Sharon Hurt telah mencadangkan penjenamaan semula Nashville International Airport kepada Oprah G. Winfrey Nashville Airport.

Untuk melaksanakan hasratnya, Sharon telah menulis surat permohonan kepada dua individu penting iaitu Datuk Bandar Nashville, David Briley dan pengerusi lapangan terbang, Dexter Samuels. Namun permohonan Sharon untuk menjenamakan semula nama lapangan terbang tersebut dikatakan sebagai melanggar polisi syarikat.
Penukaran nama lapangan terbang merupakan penghormatan yang hanya akan diberikan kepada individu yang dihormati dengan syarat:
1. telah memberikan ‘sumbangan besar’ kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville atau dalam bidang penerbangan,
2. meninggal sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun.
Walaupun ahli lembaga syarikat penerbangan mempunyai kuasa untuk membatalkan peraturan, tetapi masih belum ada cadangan yang dibuat oleh mereka berkenaan dengan permohonan Sharon bagi menjenamakan semula nama Lapangan Terbang Antarabangsa Nashville tersebut.
Sumber: Travel and Leisure