
‘Harapkan Pagar’, Wanita Ini Hampir Jadi Mangsa Habuan ‘Pak Guard’ Sendiri
Seorang wanita di Johor dilaporkan nyaris-nyaris dijadikan mangsa oleh seorang pengawal keselamatan di kawasan perumahannya sendiri.
Beliau bagaimanapun, terselamat setelah terlebih dahulu menerima mesej notifikasi dari aplikasi CCTV yang dipasang di rumahnya.
Ikuti kisah menyeramkan yang dikongsi oleh Yuyun Nissa di Facebook beliau berikut untuk pengajaran dan iktibar bersama.

Hai, Assalamualaikum semua.
Just nak share je untuk peringatan semua sentiasa berhati-hati dengan orang sekeliling dan jangan cepat percaya orang.
Nak dijadikan cerita pada 10/2/22 jam 12.14 pagi Yuyun tak sampai rumah lagi, masih kat luar on the way nak balik dari pergi makan. Tiba-tiba, dapat notification apps CCTV dari dalam rumah “motion detected”. Asyik blink-blink je terus buka tengok live CCTV. Allahuakhbar! Sekali tengok ada seorang lelaki dalam rumah Yun. Lelaki tu macam familiar sangat. Sekali tengok baju dia pakai. Oh, no!! Kenal sangat. Rupanya security guard perumahan Yuyun. Dia dok berkeliaran dalam rumah, naik turun siap buka baju seluar semua. Sempat lagi dia WhatsApp call Yun tanya kat mana. Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun dan memang ada niat yang tak baik.
Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai. Tak la tahu macam mana dia boleh masuk dari mana. Sebab CCTV cuma dapat detected kat ruang tamu je. Kita terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah (rumah kakak sebelah lorong je dekat). Bila abang ipar sampai je rumah, terus lelaki ni lari keluar rumah sampai tertinggal baju kerja security guard dia. Tapi, Alhamdulillah Yuyun bersyukur sangat-sangat Allah masih pelihara dan lindungi Yun dan anak-anak. Ya Allah, perasaan takut seram semua ada la 😭 tak dapat bayangkan kalau Yun ada kat dalam rumah dengan anak-anak semua. Allahu, jangan tanya la kita punya menangis macam apa, orang yang tahu je tahu 😅
Long short story, sepandai-pandai tupai melompat jatuh juga. Esoknya juga dia dapat ditangkap dan polis bagi tahu dia ada kes dadah. Okey la, dah tahu la kenapa dia berani sangat sampai masuk rumah. Tapi Yun salute dengan Polis Johor #pdrm sangat cekap dan cepat buat tangkapan. Apa-apa pun, Yuyun bersyukur tak ada apa-apa berlaku dan cuma nak ingatkan korang walaupun kita duduk dalam perumahan yang ada security guard, belum tentu rasa selamat. Sentiasa berjaga-jaga dan hati-hati tau korang.
Dan kes sedang berjalan dan tolong doakan urusan Yuyun semoga dipermudahkan. Amin..

BACA: Netizen Puas Hati Lelaki ‘Sound’ Pasangan Marah Pengawal Keselamatan Tak Tolong Jagakan Anak
Sumber: Yuyun Nissa