
Haram Guna Ayat-Ayat ‘Marketing’ Mengelirukan Dan Berunsur Ketidakpastian
Macam-macam teknik ‘marketing’ dan ayat-ayat ‘pancing’ digunakan oleh ejen-ejen pemasaran untuk menarik minat prospek membeli produk dan mendaftar keahlian syarikat mereka kebelakangan ini.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ayat-ayat yang sengaja digunakan secara tidak jelas dan mengelirukan sebenarnya melanggar syariat muamalat.
Sudah tentu marketing dalam bentuk penindasan sebegini juga adalah salah, haram dan berdosa!
Macam mana bisnes nak berkat kalau amalan tidak jujur seperti ini masih selamba dipraktikkan?
Azlina Othman atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Long Sales Master telah membuat teguran mengenai isu ini di Facebooknya.
Semoga perkongsian darinya ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai untuk sama-sama mencari keberkatan dalam berniaga.
Dah sampai masanya kita sebagai umat Islam menghentikan penggunaan ayat seperti di bawah.
Tolong hentikan ya.
- Kena join dululah baru tau dan faham.
- Masuklah dulu baru tanya dan nanti nampak jelas.
- Join member dulu baru nampak jelas. Nak explain tak taulah tak pandai.
- Join dulu baru nampak best ke tak best. Kalau tak join macam mana nak tau best.
- Masuk dulu, beli dulu baru nak komen dan tanya lebih-lebih.
Sebab apa Kak Long tulis macam tu.
Biasa Kak Long nampak orang tulis seperti di atas untuk mengajak orang ramai menyertai program mereka atau membeli produk mereka.
Ejen tulis macam tu sebab tak larat nak jawab soalan prospek bertalu-talu.
Geleng kepala Kak Long baca komen macam tu.
Which is perkara tersebut totally wrong dan melanggar syariat muamalat.
Berdosa dan haram cara tersebut.
Kak Long ingat bab ni tak payah pun nak tulis.
Bab ini sangatlah basic dalam bermuamalat.
Rupanya salah tanggapan Kak Long.
Terlampau ramai orang yang langgar bab ini dan tak ikut syariah.
Prospek tak boleh langsung nak tanya soalan lebih-lebih mesti ejen melenting.
Ejen menafikan hak prospek.
Ejen memperkecilkan prospek.
Ejen tidak telus kepada prospek.
Ejen pun tak ada ilmu. Main ikut-ikut leader cakap.
Which ayat-ayat tersebut tidak patut keluar dari mulut seorang penjual yang beragama Islam.
Sebelum membeli sesuatu produk dan perkhidmatan prospek haruslah ada semua informasi untuk membolehkan prospek membuat inform decision.
Harus jelas dan terang.
Prospek boleh membuat timbang tara sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Sepatutnya semua persoalan dan kemusykilan prospek ejen boleh dapat menjawab dengan jelas.
Dan prospek wajib dapat akses kepada semua info.
Ia harus secara bertulis.
Ia harus ada di dalam dokumen.
Ia harus ada black and white.
Islam tidak membiarkan mana-mana pihak menganiayai pihak lain sebab itu ia diikat dengan peraturan.
Technically di dalam jualan ia adalah satu keadaan di mana, untuk membolehkan seseorang prospek membuat keputusan pembelian mereka harus ada akses kepada semua informasi dengan jelas.
Supaya boleh membuat keputusan pembelian dengan waras dan telah mempertimbangkan semua aspek.
Ada banyak aspek yang kena dilihat seperti di bawah.
Semua yang Kak Long senaraikan di bawah ini prospek wajib dapat info terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang transaksi pembelian.
Syarat muamalat kena tahu semua perkara di bawah ini. Kena jelas.
Kelebihan
Kekurangan
Risk
Reward
Harga
Charge lain-lain
Charge perkhidmatan
Keselamatan
Kepatuhan syariah, kepatuhan undang-undang
Ketelusan
Jaminan wang-refund
Keadaan fizikal
Berat
Bentuk
Warna
Informasi yang tepat
Semua list di atas ini prospek wajib mendapat info terlebih dahulu sebelum melakukan transaksi pembelian produk atau perkhidmatan.
Setiap soalan prospek mesti dijawab dengan jelas dan prospek harus faham jawapan dengan jelas.
Ia harus jelas sebab tidak boleh ada unsur GHARAR iaitu unsur KETIDAKPASTIAN.
Pengiklanan Islamik: Penjanaan Konsep dan Pelaksanaan
Kak Long nak sharekan di sini setakat ini Kak Long ada baca 20 point cara pengiklanan mengikut landasan Islam.
Ada 20 point cuma kali ini Kak Long nak sentuh cuma 2 point terlebih dahulu.
Nak sentuh tentang ADIL dan BERTANGGUNGJAWAB.
- Adil:
Pengiklanan harus menyatakan mesej dan kreatif mereka secara adil agar masyarakat memperoleh mesej iklan dengan hak mereka untuk membuat pengadilan, pertimbangan dan penghakiman, dan keputusan pembelian adalah di tangan pengguna.
- Bertanggungjawab:
Pengiklanan harus menampakkan tanggungjawab yang tinggi terhadap masyarakat dalam segenap kehidupan mereka.
Sentiasa berhasrat untuk membangunkan masyarakat secara bersama dan bermatlamat membantu kesejahteraan ekonomi masyarakat.
Bukan hanya tertumpu kepada keuntungan perniagaan dan mengabaikan tanggungjawab sosial ini.
Semoga kita sama-sama perhalusi perkara ini dengan serius.
Ini bukan pilihan tetapi kewajipan.
Dalam menjual kita harus letak keberkatan No. 1.
Iaitu keberkatan dalam berniaga.
Bila berniaga pakejkan diri kita dengan sifat jujur, amanah, tabligh dan fatonah.
Letakkan akhirat di depan dunia akan ikut sekali.
Kak Long Sales Master
Sumber: Facebook Azlina Othman