Kim Jong Un Lancar Perang Merpati

Hanya Tonton Filem Korea Selatan 5 Minit, Pelajar Korea Utara Dihukum Penjara 14 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Hanya tonton filem Korea Selatan lima minit, pelajar Korea Utara ini dijatuhkan hukuman penjara.

Dalam usaha menghalang kemasukan budaya dari Korea Selatan dan negara barat khususnya Amerika Syarikat, Korea Utara melarang keras sebarang jenis kemasukan dan penyebarannya di negara tersebut.

Budaya yang termasuk dalam ideologi ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ ini termasuklah daripada segi filem, drama, muzik, bahan bertulis serta bergambar dan sebagainya.

BACA: Media Korea Utara Sebut ‘Squid Game’ Adalah Bukti Masyarakat Korea Selatan ‘Teruk’

Jika ditangkap dan didapati bersalah, mereka boleh dipenjarakan lebih daripada lima tahun dan kurang daripada 15 tahun hukuman ‘kerja buruh’.

Yang terbaharu, seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun di Korea Utara telah tertangkap menonton sebuah filem dari Korea Selatan, Mister dan dikenakan hukuman penjara 14 tahun atas kesalahan tersebut. Biarpun beliau cuma menontonnya selama lima minit.

Namun tidak dapat dipastikan bagaimana pihak berkuasa mengetahui mengenai kegiatannya.

Susulan itu, ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap nasib yang akan dihadapi keluarga pelajar tersebut.

Ini Yang Akan Berlaku Di Korea Utara Sekiranya Kim Jong-un Dilaporkan Meninggal
Sumber: SCMP

Sebelum ini, sudah beberapa kali berita mengenai kemasukan bahan-bahan terlarang ke Korea Utara.

Antaranya seorang pelajar dihukum mati oleh skuad penembak selepas ditangkap menyeludup salinan digital drama Netflix popular, Squid Game dari Korea Selatan menggunakan kapal dan menjual kepada beberapa individu lain.

Manakala individu yang dikenal pasti membeli salinan berkenaan dihukum penjara seumur hidup serta yang menontonnya dihukum melakukan kerja buruh selama lima tahun.

Tahukah anda, pelajar tadika di Korea Utara wajib belajar mengenai subjek kehebatan Kim Jong-un selama 90 minit?

Kandungan kurikulum diubah dengan menceritakan mengenai perjalanan hidup Jong-un ketika berusia lima tahun, dia seorang anak yang bijak, gemar membaca dan menaiki kapal layar.

Baca lanjut di: Pelajar Tadika Di Korea Utara Wajib Belajar Selama 90 Minit Subjek Kehebatan Kim Jong-un