
Hanya Sijil Digital Diterima, Pengarah Kongsi Pengalaman MySejahtera Disemak Di Luar Negara
Hanya sijil digital sahaja diterima, pengarah kongsi pengalaman MySejahtera disemak di luar negara.
Sejak daripada kelonggaran kebenaran untuk individu yang sudah lengkap dua dos vaksin diumumkan, banyak kisah-kisah mengenai cubaan penipuan sijil vaksinasi dikongsi di media sosial.
BACA: Individu Anti-Vaksin Cuba ‘Ejas’ Petugas Tipu Sijil Vaksinasi Di MySejahtera
Akan tetapi tahukah anda, sijil vaksinasi yang ada di MySejahtera bukanlah ‘sijil domestik’ seperti yang digelar beberapa pihak.
Seorang pengarah filem, Keat Aun berkongsi pengalamannya sebelum dibenarkan berlepas ke luar negara.
Sebelum dibenarkan mendaftar masuk, petugas bertanyakan kepada pengunjung sama ada mereka sudah menerima vaksin sebelum meminta bukti ujian PCR dalam tempoh 48 jam dalam MySejahtera.

Mungkin ada yang berfikir, menggunakan sijil vaksinasi yang palsu boleh melepasi sempadan negara, tetapi sebenarnya ia salah.
“Jika anda betul-betul ingat MySejahtera tiada guna di luar negara, maka anda mungkin akan menderita serta terkandas di pintu keluar dan pintu masuk.”
Ini kerana hanya maklumat digital dalam MySejahtera mengenai vaksinasi sahaja akan diterima, manakala maklumat dalam bentuk kertas adalah ditolak.
Bukan sahaja di pintu masuk sempadan negara, tetapi juga di acara petugas akan memeriksa maklumat vaksinasi dan ujian PCR di aplikasi MySejahtera.

Keat menambah, sekiranya sudah menerima vaksin maka peserta tidak perlu menjalani kuarantin dan cuma akan dipakaikan gelang sebelum dibenarkan bergerak bebas.
Malah beliau pernah berdepan situasi seorang warganegara Malaysia yang kehilangan telefon pintar sekaligus tidak dapat membuka MySejahtera menyebabkan sijil digital tidak dapat diperlihatkan.
Biarpun ada sijil kertas, namun ia tetap ditolak petugas.
“Nasib baiklah kawannya ada satu lagi telefon dan penumpang itu segera membeli kad telefon dan memuat turun MySejahtera.
“Selepas hampir setengah jam, maklumat MySejahtera berjaya ditunjukkan dan barulah dia boleh menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.”
Sumber: Malaysia Gazette
Trending now



