
Hanya Sebab Tak Gembira, Lelaki Ini Sanggup Berhenti Jadi Jurutera Dan Pilih Untuk Jual Teh Tepi Jalan
Hanya sebab tak gembira, seorang lelaki sanggup berhenti kerja sebagai seorang jurutera di luar negara dan bekerja sebagai seorang peniaga teh di tepi jalan.
BACA: Daripada Juruterbang Kepada Pemandu Lori TESCO, #CareerChange Tak Halang Cita-Cita Lelaki Ini
Kisah Madhur Malhotra ini pernah tular pada tahun 2017 selepas beliau meninggalkan jawatan sebagai jurutera di Australia dengan gaji tinggi semata-mata mahu kembali ke India dan menjual teh yang dihidangkan dalam cawan yang diperbuat daripada tanah liat (kulhad).
Menjual 22 jenis teh, Madhur yang memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Australia kembali ke kampung halamannya pada tahun 2009 selepas mendapat tahu ibunya mempunyai masalah kesihatan yang serius.
Selepas kembali ke India, beliau mula menguruskan perniagaan pembinaan milik keluarganya namun ianya tidak berjaya menimbulkan rasa seronok sehinggalah pada suatu hari beliau melawat kedai teh milik rakannya.
Berhenti kerja hanya sebab tak gembira
Melihatkan babak penjual teh tidak memakai sarung tangan semasa menyediakan teh, beberapa orang pelanggan lelaki merokok sambil minum teh dan beberapa orang wanita duduk di kedai tersebut menjadi inspirasi untuk beliau membuka kedai tehnya sendiri dengan konsep persekitaran yang lebih baik.

Pada awalnya, perniagaan tidak mendapat sambutan kerana ianya agak asing untuk masyarakat di India. Namun, tidak lama kemudian pelanggannya semakin bertambah.
Daripada 50 kepada 100, berambah lagi sehingga 200 ke 400 kunjungan setiap hari.
Trending now



