Hanya Satu-Satunya Penduduk Yang Kekal Di Monowi, Nenek 86 Tahun Gagah Uruskan Bandar Sendirian 1

Hanya Satu-Satunya Penduduk Yang Kekal, Nenek 86 Tahun Gembira Uruskan Bandar Ini Secara Sendirian

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang nenek, Elsie Eiler berusia 86 tahun menjadi hanya satu-satunya penduduk yang tinggal di Monowi, sebuah bandar di Boyd Country, Nebraska selepas suaminya, Rudy meninggal dunia pada 2004.

Menjadikan Monowi sebagai kawasan penempatan dengan populasi paling kecil di Amerika Syarikat, Eiler terpaksa menguruskan bandar tersebut seorang diri.

Bergelar Datuk Bandar, Eiler turut mengusahakan bar Monowi Tavern dan restoran di bandar tersebut selain daripada sebuah perpustakaan yang diberi nama Rudy Library.

Hanya Satu-Satunya Penduduk Yang Kekal Di Monowi, Nenek 86 Tahun Gagah Uruskan Bandar Sendirian 2
Sumber: Messy Nessy Chic

Mempunyai pegunjung tetap yang datang ke perpustakaannya dari jarak 128 kilometer, Eiler tetap dikehendaki menyediakan perancangan perbandaran bagi mendapatkan dana pembiayaan daripada kerajaan serta membayar cukai sekitar RM2,178 setiap tahun bagi memastikan bandar tersebut terus mendapat bekalan air dan elektrik.

BACA: Arkeologi Temui Bandar Rahsia Tamadun Inca Di Hutan Amazon

Turut diberikan lesen alkohol dan tembakau, permohonan tersebut diuruskan sendirian kerana beliau turut memegang jawatan kerani dan setiausaha bandar.

Meskipun hanya satu-satunya penduduk di bandar tersebut, Eiler tetap gembira dengan kehidupannya di sana. Memebesar di sana, beliau mengaku agak susah untuk berubah selepas bertahun-tahun menjalani kehidupan sebegitu.

Hanya Satu-Satunya Penduduk Yang Kekal Di Monowi, Nenek 86 Tahun Gagah Uruskan Bandar Sendirian
Sumber: Travel and Leisure

Sejak daripada dua anak hasil perkahwinannya dengan Rudy keluar dari bandar untuk mencari pekerjaan pada 1970 dan 1980, hanya 18 orang penduduk yang tinggal sebelum jumlah itu semakin mengecil dan berkurangan kepada dua orang (Eiler dan Rudy) selepas 20 tahun.

Berkeluasan 0.55 kilometer persegi, Monowi menjadi bandar unik selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2.

Sumber: Monowi, Harian Metro