Pengemis Warga Asing Lumayan

Hanya Mengemis, Warga Asing Ini Mampu Raih Pendapatan Melebihi Gaji CEO

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sikap pemurah majoriti orang Malaysia menghulurkan wang ringgit kepada pengemis jalanan mungkin menjadi punca warga asing melakukan kegiatan itu di negara ini.

Bermodalkan tudung dan kanak-kanak untuk meraih simpati, siapa sangka warga asing ini mampu meraih pendapat lumayan setiap hari melebihi gaji seorang CEO atas belas ihsan orang sekeliling.

Situasi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil yang menulis hantaran mengatakan bahawa wanita warga asing terbabit telah menyamar sebagai peminta sedekah sekitar Seremban, Negeri Sembilan dan meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari.

“Kaya jadi peminta sedekah, kalah gaji pegawai. Warga asing pakai tudung, menyamar Islam, bila disuruh mengucap, geleng kepala, bila tanya Islam, geleng kepala juga.

“Pendapatan harian mencecah RM2,300, siap ada buku catatan pendapatan harian bagi tahun 2021 dan 2022, agakya warga Seremban pemurah, ya rakyat Malaysia memang pemurah,” katanya.

Pengemis Warga Asing Lumayan
Sumber: Facebook

Menerusi foto yang dimuat naik, dapat dilihat buku catatan wanita itu menulis pendapatan sebanyak RM2,100 pada 25 April 2021 selain RM2,050 pada 18 April tahun lalu.

Susulan tular kes tersebut, siasatan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati kejadian tersebut berlaku di Pasar Malam Ampangan pada 25 Januari lalu.

Difahamkan, mereka merupakan warga Kemboja yang berumur 40 tahun dan 35 tahun bersama anak masing-masing berumur dua tahun itu sebenarnya tinggal di Sungai Buloh dan menaiki teksi untuk mengemis di Seremban.

Kes telah dirujuk kepada Jabatan Imigresen.

Pengemis Warga Asing Lumayan

BACA: Pengemis Ini Kantoi Pura-Pura OKU, Diketahui Miliki 5 Aset

Ternyata penduduk Malaysia sememangnya pemurah dan suka menderma, satu sikap yang amat dipuji.

Walau bagaimanapun, sifat pemurah ini ada kalanya melampaui batas sehingga ia mewujudkan ruang untuk mereka mengambil kesempatan di atas kebaikan itu.

Maka tidak hairanlah munculnya sindiket meminta sedekah yang tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan pelbagai taktik dan helah.