Hanya Mampu Tengok Kawan Main, ‘Plot Twist’ Video Ini Buat Netizen Bengang

Hanya mampu tengok kawan main kerana tiada raket, plot twist video ini buat netizen bengang.

Rezeki setiap orang tak sama. Ada yang lebih, ada yang kurang. Tidak semua orang mampu memiliki apa yang orang lain miliki.

Satu video tular di laman media sosial mengenai seorang lelaki yang hanya mampu tengok rakan-rakannya bermain badminton dari tepi gelanggang kerana tidak mempunyai raket.

Seorang lelaki yang melihatkan kejadian itu kemudiannya menghadiahkan raket kepada beliau. Nyata reaksi gembira beliau yang tampak ikhlas semasa menerima hadiah daripada ‘orang yang tidak dikenali’ itu membuatkan netizen turut sama rasa terharu.

Hanya Tonton Kawan Main Kerana Tiada Raket, ‘Plot Twist’ Video Ini Buat Netizen Bengang 2

Namun, plot twist video ini membuatkan netizen bengang.

Nak tahu kenapa?

Rupa-rupanya, raket yang diberikan itu bukanlah raket badminton sebaliknya raket elektrik yang digunakan untuk memukul lalat.

Hanya Tonton Kawan Main Kerana Tiada Raket, ‘Plot Twist’ Video Ini Buat Netizen Bengang 4

Tapi jangan marah dulu, sebenarnya video ini hanyalah lakonan semata.

Lelaki di dalam video tersebut merupakan salah seorang pelakon yang terlibat dengan saluran YouTube Itakimo Bali, iaitu Bang Kadal.

Yang penting dia tak prank orang, kan?

Cuma mungkin bagi orang luar yang tak tahu mengenai plot yang mereka rangka akan merasa marah kerana seakan-akan mempermainkan.

Di Indonesia, budaya prank seakan semakin menular. Yang terbaharu, seorang YouTuber dari Indonesia berkemungkinan dikenakan hukuman penjara 10 tahun selepas ditahan atas kesalahan melakukan prank plastik daging korban yang sebenarnya berisi sampah.

BACA: Hukuman Penjara 10 Tahun Menanti YouTuber Lepas ‘Prank’ Plastik Daging Korban Isi Sampah

Kedua-duanya ditahan di bawah kesalahan Artikel 14 Kanun Jenayah Membuat Berita Palsu dan Masalah dalam Komuniti kerana melanggar etika kesopanan.