Kahwin

Hanya Kerana Bergaji Kecil, Lebih Ramai Generasi Muda Kini ‘Takut’ Untuk Kahwin?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Media sosial kebelakangan ini banyak dipenuhi dengan status-status dari netizen yang tidak yakin atau takut untuk mendirikan rumah tangga hanya disebabkan oleh kedudukan ekonomi masing-masing.

Ditambah pula dengan banyak isu perkahwinan yang timbul pada hari ini yang melibatkan masalah hutang, biawak hidup serta skandal yang membawa kepada berlakunya kes penceraian, jenayah penderaan sehinggalah pembunuhan yang lebih ‘menakutkan’ lagi generasi muda sekarang.

Sebenarnya, tak perlu nak takut sangat pun untuk kahwin. Kak Marlia Ramli dari Public Gold ada menitipkan kata-kata nasihat berikut buat adik-adik di luar sana yang masih ragu-ragu atau takut untuk kahwin. Semoga dapat dijadikan panduan.

Kahwin

TAK PERLU TAKUT KAWEN.

Rezeki bukan hanya tentang wang ringgit. Wang bukanlah susah nak dapat.

Rezeki adalah bila kita dijodohkan dengan pasangan yang baik. Jumpa je pasangan yang baik, bertanggungjawab dan rajin bekerja? Kawen aja.

Tak apa kawen jika gaji kecil, asalkan cita-cita besar. Asalkan sama-sama sanggup berusaha.

Akak kawen usia 23 tahun. Suami isteri gaji kecik. Miskin bandar.

Cuma lepas kawen tak boleh la hidup serupa bujang. Bangun awal pagi, sama-sama cari rezeki. Jangan komplen macam-macam. Tak boleh la kemaruk lepak mamak 24 jam. #apeni?

Bilangan anak? Rancang ikut kemampuan kesihatan, kemampuan mental, kemampuan emosi dan kemampuan kewangan. Overall reason. Jangan main beranak pinak tapi segalanya tidak diatur dengan baik.

Yang penting?

Bangun setiap pagi dapat lihat wajah orang yang kita sayang.

Insya’allah semua pasangan yang miskin bandar cuma perlu rajin. Wang ada di mana-mana. Wang bukan masalah jika bijak.

TAK PERLU TAKUT KAWEN, cuma perlu saling bertoleransi, saling setia dan sama-sama berusaha. Rezeki akan ada jika rajin.

Kalau pemalas?

Kalau tak nak berubah?

Kalau high demand?

Kalau biawak hidup?

Ini barulah jangan kawen walaupun dah berusia dan bergaji besar.

Tapi kalau jumpa jodoh yang baik, rajin bekerja dan sanggup setia? Kawen je…

Jika kedua-dua pasangan memiliki sikap dan mindset yang betul? Semuanya akan okay.

Amatlah indah sesebuah rumahtangga yang dibina dalam susah senang bersama-sama.

Salam Sayang

#marliaramli_loves
#kongsiilmu
#learnfromobservation

BACA: Kahwin Berhutang – Sindiran P. Ramlee Yang Masih Relevan Hingga Ke Hari Ini

Sumber: Marlia Ramli