
Hanya Gah Pada Nama, Jawatan Jurutera Di Malaysia Sebenarnya ‘Underpaid’
Hanya gah pada nama, jawatan jurutera di Malaysia sebenarnya underpaid.
Isu gaji rendah bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sehinggakan pada November 2019, satu kajian daripada firma konsultansi global, ECA International telah menyebabkan Malaysia terkeluar daripada senarai 10 negara yang memiliki kadar kenaikan gaji yang paling tinggi di peringkat global.
Baru-baru ini, tular mengenai gaji jurutera Malaysia yang dikatakan undervalued biarpun skop kerja yang diberikan terlalu luas dan tinggi.
BACA: Tawar Gaji RM1,400 Untuk Jawatan Jurutera, OT Wajib 4 Jam Sehari, Majikan Ini Dipantau Pejabat Buruh
Seorang pengguna Facebook yang menggelarkan dirinya sebagai Abam Sabu melahirkan rasa terkejut beliau melihat tawaran gaji untuk jawatan profesional tersebut yang jauh lebih rendah daripada skop kerja yang diberikan.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=349270236100773&id=100030533974105
Jika yang ditawarkan cuma RM2,500 sebulan, selepas tolak kos pengangkutan, cukai, insuran, sewa rumah dan sebagainya, gaji bersih yang tinggal hanyalah sekitar RM1,000.

Jika dibandingkan dengan gaji jurutera di Jepun, perbezaan ketara jelas terlihat.
Di Jepun, jawatan jurutera menawarkan gaji setinggi RM20,000 dengan skop kerja lebih kecil. Bukan itu sahaja, kos pengangkutan ditanggung syarikat. Jika ditolak cukai, insurans, sewa rumah dan sebagainya, gaji bersih boleh didapati antara RM15,000 ke RM17,000 sebulan.

Ramai berpendapat, jawatan jurutera di Malaysia hanya gah pada nama tetapi bukan daripada sudut kewangan. Ditambah dengan skop kerja yang pelbagai, tawaran gaji tersebut dianggap sebagai mengarut.
Beliau yang sudah bermastautin di Jepun selama berbelas tahun turut memberitahu, rakan-rakan yang sama belajar dalam bidang kejuruteraan di Jepun terpaksa bertukar bidang hanya kerana masalah ini.
Jadi, ramailah yang ‘lari’ ke bidang perkhidmatan pelanggan. Dengan adanya kebolehan berbahasa Jepun, gaji boleh mencecah sehingga RM8,000. Berbeza dengan gaji jurutera yang mana paling tinggi boleh pelajar lepasan universiti Jepun dapat adalah RM3,500.
Julai tahun lalu, tular mengenai gaji jurutera di Malaysia dan Jepun pada tahun 2006 vs 2019.

Kenapa Malaysia vs Jepun?
