
Hanya Empat Negeri Ini Sahaja Yang Masih Kekal Sebagai Zon Hijau
Daripada kesemua negeri yang ada di Malaysia, hanya empat negeri ini sahaja yang masih kekal sebagai zon hijau.
1. Perlis
23 April lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham mengumumkan Perlis sebagai negeri pertama yang bebas daripada wabak COVID-19 selepas mencatatkan kes baharu terakhir pada 15 April dengan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini adalah 18 kes sahaja.
Mencapai zon hijau pada kesemua 22 mukim, kerajaan negeri Perlis masih lagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan semua rakyat negeri masih lagi tertakluk dengan syarat dan pematuhan PKP.
2. Pulau Pinang
Bermula 15 April, Pulau Pinang sudah mencatatkan sifar kes COVID-19 sepanjang lima hari berturut-turut. Mencapai 121 kes keseluruhan, kelima-lima daerah jingga di Pulau Pinang sudah menjadi zon hijau.
3. Terengganu
Terengganu menjadi negeri bebas COVID-19 ketiga semalam apabila semua daerah di sana telah diletakkan sebagai kategori zon hijau dengan 111 kes direkodkan.
Kes terakhir melibatkan mangsa dari daerah Kemaman yang menerima rawatan di Hospital Kuantan bagaimanapun sudah dibenarkan pulang Rabu lalu.

4. Wilayah Persekutuan Labuan
Di Labuan, kes terkumpul setakat ini adalah sebanyak 16 kes.
Dalam perkembangan terbaharu, kes baharu yang dicatatkan pada 31 Mei adalah sebanyak 57, yang mana 10 adalah kes import dan 47 adalah jangkitan tempatan yang mana melibatkan empat warganegara.
#COVID19 🇲🇾 Daripada 57 kes baharu, 10 adalah kes import dan 47 adalah jangkitan tempatan.
Daripada 47 kes ini, 43 kes melibatkan bukan warganegara dan hanya 4 kes melibatkan warganegara iaitu 2 kes di Negeri Sembilan dan masing-masing 1 kes di Selangor dan Melaka. pic.twitter.com/REemMgt89W
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) May 31, 2020
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia kini sedang dalam fasa pemulihan terakhir dan sekiranya kes kekal pada dua angka rendah, kemungkinan lebih banyak lagi kelonggaran akan diberikan.
Sumber: KKM