
Hanya Berusia 27 Tahun, Fatima Jadi Senator Muslim Berhijab Pertama Di Australia!
Walaupun berasal dari keluarga imigran yang susah dari Afghanistan, wanita ini terus cekal dan tabah melalui liku-liku kehidupan di Perth, Australia sejak umurnya 8 tahun.
Fatima Payman yang kini baru berusia 27 tahun akhirnya telah berjaya mencipta sejarah apabila dilantik menjadi Senator Muslim dan berhijab yang pertama di Australia.
Berita yang sangat mengujakan umat Islam di seluruh dunia tersebut telah dikongsikan oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin melalui hantaran di Facebooknya berikut:
Wanita Muda Muslim Pertama Berhijab Dilantik Sebagai Senator Australia
Muda dan berhijab. Sesuatu yang kurang menonjol di Australia tetapi Senator Fatima Payman yang berusia 27 tahun telah mengubahnya.
Beliau yang telah dilantik sebagai Senator Dewan Parlimen Australia awal bulan lalu berkata
“Hope is an amazing thing”,
“Harapan adalah sesuatu yang menakjubkan”
“Not only because Islamophobia has been rife in the media, but I want young girls who do decide to wear the hijab to actually do it with pride.”
“Bukan sahaja kerana Islamofobia telah digembar-gemburkan oleh media tetapi saya mahu wanita muda Muslim yang ingin berhijab dapat memakainya dengan bangga.”
Semoga usaha beliau untuk membantu golongan minoriti dan membawa perubahan kepada Australia dipermudahkan. Tahniah diucapkan.
Peduli Prihatin
Yayasan Ikhlas
Sumber: https://www.theguardian.com/international
❇️❇️❇️❇️
Sertai kami ⏩ https://t.me/YayasanIkhlasMalaysia
#peduliapahariini
#yayasanikhlas
BACA: Halima Aden Model Islam Pertama Pakai Burkini Untuk Penghias Kulit Majalah AS
Sumber: Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin