Rumah Mak Ayah Musnah Sekelip Mata Banjir

Hanya Bertahan 8 Jam, Enam Beradik Reda Dekorasi Rumah Mak Ayah Musnah Sekelip Mata Akibat Banjir

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semuanya hilang dalam sekelip mata. Itulah perasaan yang dialami ramai mangsa banjir baru-baru ini apabila melihat keadaan terkini selepas berdepan dengan banjir yang melanda sejak 18 Disember lalu.

Dapat dilihat musibah ini bukan sekadar menghanyutkan peralatan rumah tetapi rumah yang didiami dan kenderaan yang dipandu.

Ramai mangsa banjir yang aktif menggunakan media sosial berkongsi ujian yang mereka hadapi.

Antaranya pengguna laman Facebook yang dikenali dengan nama Alia Abdul Halim berkongsikan detik cemas yang mereka alami ketika banjir berlaku pada 18 Disember lalu.

Dia memaklumkan ketika itu mereka enam adik beradik mahu membuat kejutan Hari Ulangtahun kedua ibu bapa mereka yang ke-36 dengan misi menghias rumah namun hilang segalanya musnah dalam sekelip mata.

Katanya, rumah ibu bapa mereka terletak di Bentong telah ditenggalami air dalam kejadian banjir terbabit.

Mengimbau kembali pada hari kejadian, dia mengatakan ibu bapa mereka amat teruja apabila melihat rumah berubah cantik hasil usaha sama enam beradik.

Namun, kegembiraan mereka mengecapi rumah indah hanya bertahan selama 8 jam sebelum musnah akibat banjir melanda. Sama-sama kita ikuti kisahnya.

Rumah Mak Ayah Musnah Sekelip Mata Banjir
Sumber: FB

18/12/2021
Tarikh yg akan kami ingat smpai bila-bila..

16/12/2021-Khamis
Kami 6 beradik balik bentong..misi untuk cantikkan rumah mak ayah..100% deco baru..100% perabot baru..dari syiling, perabot sampai ke lantai..semua kami tukar baru..hadiah utk anniversary mak ayah yang ke-36..

Syiling dan lantai sahaja kami upah org..yg lain semua kami buat sendiri..adik ke-5 dan ke-6 Hanisah Bazilah dan Muhammad Miqdad da settlekan awal untuk kikis-kikis dinding rumah dan cat sikit-sikit..Pagi 16/12 kami sampai terus sambung mengecat..malamnya pula buat cermin..deco cermin sendri..Khamis dan Jumaat OT siapkan rumah dari pagi sampai la pukul 2 pagi..

Rumah Mak Ayah Musnah Sekelip Mata Banjir
Sumber: FB

18/12/2021 – Sabtu
Puku l1.30 tengah hari, siap kesemua..Alhamdulillah semua berjalan dengan baik sama seperti yang dirancang…mak ayah sampai saja rumah terus terkejut dengan perubahan rumah..mak cakap “mak da lupa macam mana rupa rumah yang asal”…

Allah..seronoknya..mak ayah sampai menitis air mata kegembiraan..dari tengah hari sampai Isyak kami gembira..impian kami jadi kenyataan..terima kasih Allah..tapi perancangan Allah kite tak tau.

Rumah Mak Ayah Musnah Sekelip Mata Banjir
Sumber: FB

18/12/2021- Sabtu
11.30 malam air mula naik..rumah mak ayah habis dimasuki air..kami betul-betul tak sangka..pukul 12 kami bergegas keluar dari rumah, dapat capai yang penting-penting saja..air naik sgt cepat..

Kami tak sempat nak kemas-kemas..kami selamatkan anak-anak dulu dan Wan yang uzur..malam tu kami duduk di surau..Pukul 3 pagi air di surau pun naik, cepat-cepat lari ke sekolah… perasaan masa tu hanya Allah sahaja yang mengetahui..

Dalam sekelip mata rumah yang kami hias cantik habis sekelip mata..perabot-perabot baru habis tenggelam..rumah mak ayah 90% habis..barang-barang rosak..Allahhhh..rumah yang kami hias cantik bertahan dalam 8jam sahaja..rumah habis disalut lumpur..barang-barang terpaksa dibuang..kami reda.

Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Kami reda..Apapun kami tetap bersyukur kerana waktu kejadian kami anak-anak ada bersama dengan mak ayah..bayangkan kalau kami tak ada.

Now dalam proses untuk bersihkan semula rumah mak ayah..kami akan cantikkan semula rumah mak ayah..

Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan boleh buat melalui acc abang saya 7624659668 CIMB, M Muaz Abdul Halim dan untuk makluman rumah adik saya yang di Bentong turut habis ditenggelami air dengan keadaan isteri yang sarat mengandung, barang-barang habis rosak..besar ujian untuk diorang..

Terima kasih kepada semua yang banyak membantu sepanjang kami dalam banjir, bantuan pakaian, makanan yang tak putus-putus…bantuan kewangan juga sangat kami hargai..terima kasih sangat-sangat hanya Allah yang dapat membalas jasa-jasa kalian..

Sumber: Alia Abdul Halim