
Hanya Berdiam Diri Selepas Bertunang Atau Bersara Terus Dari Dunia Seni? Ini Jawapan Padu Emma Watson
Setelah gempar dengan berita yang mengatakan Emma Watson telah bertunang dan bersara dari dunia perfileman, beliau sendiri akhirnya tampil bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Ini disebabkan sudah hampir setahun beliau mendiamkan diri dan terus ‘hilang’ dari platform media sosial sehingga peminat-peminat beliau kerisauan.
“Kepada semua peminat, desas-desus yang mengatakan saya sudah bertunang atau tidak, atau karier saya sudah berakhir atau tidak, hanyalah merupakan cara untuk mendapatkan klik semata-mata, selagi ianya masih belum disahkan betul atau tidak,” jelas Emma melalui satu ciapan Twitter.
Dear Fans,
Rumours about whether I’m engaged or not, or whether my career is “dormant or not” are ways to create clicks each time they are revealed to be true or untrue.— Emma Watson (@EmmaWatson) May 17, 2021
Itu dia. Seolah-olah beliau tujukan satu sindirian sinis yang menusuk dan menyentap jiwa portal-portal media hiburan yang sentiasa dahagakan berita-berita hangat dan sensasi dari artis-artis popular sepertinya.
“Kalau ada apa-apa berita, saya janji akan kongsi dengan anda semua,” Ujar Emma lagi.
Emma turut menjelaskan yang beliau kini hidup sama sahaja seperti orang lain ketika pandemik melanda. Ini termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan orang tersayang, di samping cuba untuk sama-sama mengawal penularan virus, termasuklah mengisi masa lapang dengan “masak apa tak jadi hari ni”.

Oktober lalu, Emma Watson dan pasangannya, Leo Robinton ‘kantoi’ ketika sedang bercumbuan dan buat pertama kalinya hubungan mereka berdua diketahui umum. Semenjak itu, mereka lebih low profile. Sehinggalah baru-baru ini, mereka berdua kelihatan berdua-duaan lagi di sebuah farmasi.
Nama Emma Watson begitu sinonim dengan Hermione Granger, watak yang menaikkan namanya menerusi francais Harry Potter. Beliau masih aktif berlakon dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga ke hari ini. Namun, buat masa ini Emma Watson tidak terikat dengan mana-mana projek filem baru.
Oklah tu. Sekarang semua orang dah tahu. Tapi, yang si Emma ni pun satu juga, dah tahu peminat ramai tu, rajin-rajinlah update status. Tak adalah peminat tertanya-tanya lagi, kan? Kami di Malaysia pun nak juga dengar khabar berita.
Sumber: ComingSoon.net