Pemain Dapat MyKad Pendalaman Sukar

Hanya Bayar RM300, Warga Indonesia Boleh Miliki MyKad Dan Pekerjaan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Isu penjualan MyKad bukanlah satu isu yang baharu. Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh mendedahkan dengan hanya bayar RM300, warga asing Indonesia boleh memiliki MyKad palsu dan mendapatkan pekerjaan di sebuah kilang di Meru.

Kegiatan ini terbongkar pada Rabu lalu ketika polis bantuan kilang berkenaan memeriksa salah seorang daripada lapan individu yang hadir bersama seorang lelaki tempatan untuk menjalankan temu duga bagi mendapatkan pekerjaan di sana.

“Pada Rabu lalu, seorang lelaki tempatan membawa lapan individu ini iaitu lima lelaki serta tiga wanita Indonesia untuk sesi temuduga di sebuah kilang, namun dilihat cemas apabila polis bantuan kilang itu memeriksa kad pengenalan seorang daripada mereka.

Ia menimbulkan curiga sebelum polis bantuan itu memeriksa semua kad pengenalan milik suspek dan mengesyakinya palsu. Polis bantuan kemudian memaklumkan kepada majikannya dan kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Meru untuk tindakan lanjut.”

Susulan itu 11 individu sudah ditahan setakat ini termasuklah ejen pekerjaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes turut dirujuk bersama Jabatan Pendaftaran Negara. Hanya bayar sekitar RM200 ke RM300, kad pengenalan ini akan diperoleh daripada individu berasingan yang didakwa tidak dikenali sejak setahun lalu.

Sindiket Jual MyKad

Terdahulu, MyKad dan pasport Malaysia antara produk yang dijual secara haram di satu laman web iaitu All Genuine Documents. Dijual dengan harga masing-masing bernilai RM1,295 dan RM6,041, laman web ini juga turut menjual beberapa dokumen pengenalan negara lain seperti Ireland, Sepanyol dan Portugal.

Sumber: Harian Metro