
Hanya Ambil Masa 3 Tahun Untuk Capai Tahap ‘Unicorn’, Flash Express Kini Sudah Berada Di Malaysia!
Perkembangan positif dalam bidang keusahawanan akhir-akhir ini menyaksikan beberapa syarikat ‘unicorn’ telah mula bertapak di Malaysia.
Syarikat ‘unicorn’ atau syarikat yang dibangunkan oleh usahawan pemula persendirian atau ‘startup’ yang mempunyai nilai lebih AS$1 bilion dari negara ASEAN juga dilihat semakin bertambah.
Terma ‘unicorn’ dipopularkan oleh Aileen Lee, pengasas Cowboy Ventures, iaitu firma pelaburan terkenal berpangkalan di California, Amerika Syarikat yang memberi dana kepada syarikat pemula.
Di Malaysia, MAVCAP atau Malaysia Venture Capital Management Berhad merupakan sebuah agensi modal teroka di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang menyediakan pembiayaan untuk membawa syarikat pemula berkembang di peringkat antarabangsa.
MOSTI melalui MAVCAP turut menyasarkan lima syarikat ‘unicorn’ dapat dibangunkan usahawan pemula persendirian atau ‘startup’ dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sebelum ini, Carsome Malaysia menjadi syarikat ‘unicorn’ pertama di Malaysia yang membuktikan negara turut mempunyai bakat muda yang hebat serta kreatif.
Contoh-contoh syarikat ‘unicorn’ yang lain dari ASEAN adalah seperti Ninja Van dan Carousell (Singapura), J&T Express dan Traveloka (Indonesia), Sky Mavis (Vietnam) dan Flash Express (Thailand).
Khabarnya, Flash Express kini sudah pun berada di Malaysia. Ikuti bagaimana syarikat ‘unicorn’ dari Thailand ini dapat mencipta kejayaan dalam jangka masa singkat seperti yang ditulis oleh Faridzul Asyraf Mat Arifin di laman Facebooknya berikut.
UNICORN PERTAMA THAILAND KINI DI MALAYSIA
2021 merupakan tahun gemilang untung ‘start up’ ASEAN. 12 ‘start up’ capai tahap ‘unicorn’ dan Malaysia melalui Carsome pun turut capai tahap ini.
Tahap yang mana valuation syarikat bernilai lebih 1 bilion USD.
Tapi yang menjadi buah mulut antara ‘unicorn’ ini sudah pasti yang pertama di sesebuah negara dan terpantas capai status ini – Flash Group.
Flash Group ‘unicorn’ pertama di Thailand dan hanya ambil masa 3 tahun untuk capai tahap ‘unicorn’!
Delivery
Pengasas Komsan Lee bersama dengan seorang bekas pekerja Alibaba, Di Weijie menubuhkan Flash Express yang mana menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik kepada warga Thailand. Dengan bermodalkan wang sendiri mereka memulakan bisnes ini dengan tawaran “gila”.
Tawaran Gila
2018 mereka berjaya acquire big size untuk delivery merchant dengan menawarkan harga tak masuk akal iaitu 25 baht. Ketika ramai syarikat yang lain tawarkan minimum 60 baht, mereka dengan dana yang besar permulaannya menawarkan harga cukup rendah.
Kesannya mereka berjaya menghantar lebih 50k parcel sehari pada tahun pertama.
Disebabkan penawaran hebat dan bukan sekadar logistik mereka tawarkan – turut tawarkan ecommerce solution kepada merchant mereka pada tahun kedua mereka grow cukup pantas sehingga mampu menghantar 1 juta parcel sehari.
Dan pada tahun ketiga, 1-2 juta parcel sehari mampu mereka hantar!
Nombor 3
Walaupun baru operasi 3 tahun di Thailand, tapi mereka sudah berada di nombor 3 service penghantaran di Thailand. Faktor inilah banyak konglomerat dan syarikat besar melabur kepada mereka pada tahun 2021 terkumpul mereka berjaya raised 400 juta USD dan seterusnya menjadikan mereka ‘unicorn’ pertama Thailand.
Bukan sekadar murah
Kalau tanya saya faktor kenapa mereka begitu cepat mendapat market share bukan hanya sekadar murah. Kita tahu yang delivery ni sangat kritikal kalau cepat, kalau kita boleh dapat cepat barang kita, kita happy. Tapi kalau kena peram lama, mesti kita akan ubah perkhidmatan lain.
Sama juga dengan Flash Express, mereka janjikan bukan sekadar murah, tapi juga pantas. Dengan teknologi yang disokong oleh team Alibaba di China, mereka banyak guna automation dalam perkhidmatan mereka.
Cuba bayangkan mereka boleh sort 40k parcel dalam sejam di pusat distribution mereka sudah pasti winning big untuk pemain industri ini.
Datang ke Malaysia
So kini Flash Express sudah berada di Malaysia. Mereka sedang merekrut besar-besaran team untuk ambil market share di negara kita.
Kalau tanya saya, peluang begitu besar lagi di Malaysia sebab kita masih lagi tiada winning team yang dalam pos ni. J&T dengan problem dia, Pos Laju dengan problem dia, Ninja Van dengan problem dia. Jadi kemasukan Flash Express ni dengan dana yang besar akan merancakkan lagi industri penghantaran di Malaysia.
In the end, kita pelanggan yang menerima tempiasnya!
BACA: 3 Syarikat Yang Dahulunya Gah Namun Tersungkur Kerana Terlepas Peluang
Sumber & kredit foto: Facebook Faridzul Asyraf Mat Arifin
Trending now



