Kit Ujian Kendiri Malaysia Salixium

Hanya Ambil Masa 10-15 Minit, Kit Ujian Kendiri Buatan Malaysia Sudah Mula Dijual Di Farmasi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kit Ujian Kendiri Buatan Malaysia Sudah Mula Dijual Di Farmasi.

Kit ujian kendiri pantas antigen COVID-19 buatan Malaysia yang pertama mula dijual kepada orang awam pada 19 Julai ini, kata MeDKAD Sdn Bhd (MeDKAD).

BACA: Saintis Malaysia Berjaya Cipta Kit Ujian Pantas COVID-19

Memetik laporan Berita Harian, Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 ini dapat mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia dan persampelan melalui hidung.

Ia juga telah mendapat kelulusan bersyarat untuk diimport dan diedarkan di dalam negara oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Kit ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit untuk dilakukan dan hasilnya dinilai oleh jalur yang dapat dilihat dengan jelas, ia akan mengesahkan kewujudan antigen.

Sekiranya terdapat kewujudan antigen SARS-cOV-2, jalur berwarna merah jambu atau ungu akan muncul dan sekiranya tidak ia menunjukkan hasil ujian adalah negatif.

Sensitiviti Salixium adalah 91.23 peratus manakala ketepatannya ialah 100 peratus sekali gus melepasi penilaian hasil ujian makmal yng dikeluarkan IMR – Institute of Medical Research.

Sekiranya kit ujian kendiri memberikan hasil yang positif, maka anda perlu melakukan tindakan lanjut menerusi MySejahtera di pautan Helpdesk.

Kit Ujian Kendiri Malaysia Salixium
Sumber: Twitter Ameer Farhan
Kit Ujian Kendiri Malaysia Salixium
Sumber: Twitter Ameer Farhan

Menerusi infografik dikongsikan dalam Facebook KKM, kit ujian ini mula dijual di farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan.

Setakat ini, kit ujian tersebut telah disahkan bebas dari kandungan babi dan tidak mengandungi sebarang kesan DNA haiwan oleh Halvec Laboratories. Orang awam tidak perlu khuatir akan kualiti produknya berhubung isu tersebut.

Buat masa ini, harga pasaran Kit Ujian Pantas Antigen Salixium COVID-19 adalah RM39.90.

Sumber: Berita Harian