Hantar Delegasi Ke Indonesia, Tesla Bakal Masuki Pasaran Negara Jiran Malaysia Tahun Hadapan 2

Hantar Delegasi Untuk Lawat Kawasan, Tesla Bakal Masuki Pasaran Indonesia Tahun Depan?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syarikat Tesla Inc yang membuat dan menjual kereta elektrik dan komponen rangkaian kuasa kenderaan elektrik dikatakan akan menghantar delegasi ke Indonesia pada bulan hadapan bagi membincangkan potensi pelaburannya dalam rantaian bekalan untuk kenderaan elektriknya.

BACA: Elon Musk Desak Tamatkan Perintah Berkurung Di Amerika Untuk Buka Operasi Kilang Tesla

Keputusan itu dibuat selepas Presiden Indonesia, Jokowi  yang ditemani Menteri Maritim dan Pelaburan, Luhut B Pandjaitan menelefon Elon Musk pada Jumaat lalu.

“Perbincangan berkenaan membincangkan mengenai peluang pelaburan untuk syarikat kereta elektrik Tesla di Indonesia.” – Jokowi

Keduanya dikatakan bertukar cadangan dan pendapat dalam industri kereta elektrik dan komponen utamanya iaitu bateri kerana Indonesia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan mereka sebagai negara pengeluar bateri lithium terbesar.

Resume Elon Musk Jadi Panduan Pencari Kerja Seluruh Dunia 2
Sumber: PeakLife

Dalam perbualan tersebut, Jokowi sempat mengajak Elon Musk untuk mengkaji geografi di Indonesia sebagai tapak pelancaran SpaceX.

Bukan sahaja Indonesia, malah Thailand secara senyap-senyap turut mencari peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan Tesla dan membina kilang pembuatan kereta elektrik di sana.

Sebelum ini, Elon Musk mencetuskan kontroversi kerana tetap berdegil mahu meneruskan operasi kilangnya biarpun dilarang kerajaan.

Malah beliau mengumumkan sedia untuk ditahan atas perbuatannya dan bersedia untuk menyaman kerajaan Amerika Syarikat disebabkan halangan tersebut.

Kilang pembuatan kereta merupakan salah satu operasi perkhidmatan yang dilarang membuka perkhidmatannya sepanjang pandemik COVID-19 kerana berisiko menjadi lokasi penularan wabak tersebut.

Terdahulu pada November 2019,  pelan Internet Satelit Space-X (Starlink) milik Elon Musk dijangka bakal melancarkan antara enam ke lapan buah satelit ke angkasa bagi memastikan pada tahun 2020 syarikatnya boleh menyediakan perkhidmatan internet paling murah dan laju meliputi seluruh kawasan Amerika Syarikat.