Hampir Separuh Daripada Juruterbang Di Pakistan Tiada Lesen Penerbangan Sah – Laporan Nahas Pesawat 1

Hampir Separuh Daripada Juruterbang Pakistan Tiada Lesen Penerbangan Sah – Laporan Nahas Pesawat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Penerbangan Pakistan, Ghulam Sanwar mendedahkan data laporan nahas pesawat Pakisan International Airlines (PIA) PK8303 mendapati hampir separuh daripada juruterbang di Pakistan tidak mempunyai lesen penerbangan yang sah.

BACA: Bakal Hadir Tak Lama Lagi, Ini Rekaan Pesawat ‘Tanpa Tingkap’ Pertama Dengan Fungsi Skrin Sentuh OLED

Hampir separuh juruterbang Pakistan tiada lesen penerbangan yang sah

Daripada 860 juruterbang yang aktif termasuklah di PIA, Serene Air dan Air Blue, laporan satu inkuiri pada Februari 2019 menunjukkan seramai 262 juruterbang tidak menghadiri ujian atau meminta individu lain menggantikan mereka membawa kepada peratusan sebanyak 40%.

Ghulam turut mendedahkan daripada siasatan lanjut yang dijalankan, pihak mereka mendapati ada antaranya yang langsung tidak mempunyai pengalaman mengendalikan penerbangan dan mereka yang ‘tidak aktif’ dalam penerbangan termasuk dalam kelompok 40% tersebut.

Meskipun kementerian sudah menghantar notis tunjuk sebab kepada 54 juruterbang yang terlibat bagi menjelaskan kedudukan sebenar kelayakan mereka, ada diantaranya yang berani mengemukakan permohonan untuk mencabar notis ini di mahkamah selain daripada memalsukan sijil ijazah sarjana muda mereka.

Laporan nahas pesawat PIA PK8303 itu turut mendedahkan kemalangan yang menyebabkan 97 orang daripada 99 orang penumpang yang maut adalah berpunca daripada kesilapan juruterbang serta menara kawalan.

Hampir Separuh Daripada Juruterbang Di Pakistan Tiada Lesen Penerbangan Sah – Laporan Nahas Pesawat
Sumber: The Guardian

Pada 22 Mei lalu, pesawat PIA dilaporkan terhempas di atas rumah di sebuah kawasan perumahan selepas kedua-dua enjin pesawat gagal berfungsi ketika menghampiri lapangan terbang Karachi.

Kemalangan tersebut merupakan kemalangan pesawat yang paling banyak meragut nyawa dalam tempoh lapan tahun di Pakistan selepas penerbangan komersial dibenarkan beroperasi menjelang cuti Aidilfitri dan pelaksanaan perintah berkurung selama dua bulan akibat pandemik COVID-19.

Sumber: Business Today, Harian Metro