Penjara Paling Mewah 5

Hampir Sama Macam Hotel, Ini Senarai 5 Penjara Paling Selesa Di Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pernah anda dengar penjara adalah tempat paling selesa untuk banduan?

Sebut sahaja penjara, pasti yang terbayang di minda kita ialah satu tempat yang boleh diibaratkan sebagai neraka dunia. Penjara merupakan tempat yang dianggap sebagai tidak selesa dan dipenuhi dengan mereka yang melakukan jenayah.

BACA: ‘The Platform’ Satu Kritikan Pedas Kepada Kelompok Kapitalis Dari Sisi Dunia Penjara

Namun, tidak semua penjara membawa imej seram. Ada beberapa buah negara di dunia yang mengubah persepsi masyarakat luar sehingga menjadikan orang awam yang melihat mahu melawat ke tempat hukuman ini.

Di sini kami senaraikan lima buah penjara paling selesa di dunia yang bole disalah anggap sebagai destinasi percutian.

1. Penjara Leoben Justice Centre, Austria

Dikenali dengan penjara lima bintang, penjara yang terletak di bandar Leoben, Austria ini memiliki seni bina seakan-akan kompleks bangunan perniagaan. Dengan kapasiti yang boleh memuatkan 205 banduan, penjara ini sentiasa penuh ditempah.

Penjara Paling Mewah

Siap dibina pada tahun 2004, pengurusan penjara percaya semua manusia yang dilahirkan bebas dan setaraf dengan martabat dan hak, diambil daripada Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik bahawa ‘semua orang dilucutkan kebebasannya harus diperlakukan dengan kemanusiaan dan dengan menghormati martabat manusia yang wujud’.

2. Penjara Bastoy, Norway

Terletak di Pulau Bastoy, penjara ini boleh menampung hingga 100 orang banduan. Penjara dilengkapkan dengan gelanggang tenis, padang kuda, kolam pancing dan kawasan berjemur yang mewah.

Penjara Paling Mewah 1

Penjara Paling Mewah 2
Banuan nikmati kesejukan kolam sambil dikawal pengawal penjara.

Digelar sebagai penjara terindah di dunia, penjara dengan konsep Finladia ini sudah berkhidmat sejak tahun 1930-an lagi. Setiap ruang bilik banduan dilengkapkan dengan dapur dan ruang santai untuk keselesaan banduan.

3. Penjara HMP Addiewell, Scotland

Terletak di Scotland, banduan di penjara ini dipersiapkan untuk bergaul dengan masyarakat selepas mereka keluar. Di sini, walaupun secara dasarnya nampak seperti penjara biasa, tetapi hiasan ruangan dalamannya menjadikan ia kurang menakutkan daripada penjara-penjara lain.

Penjara Paling Mewah 3

4. Penjara Aranjuez, Sepanyol

Di penjara ini, banduan dibenarkan untuk ditemani ibu bapa mereka bagi tahun pertama. Malah di dalam penjara juga disediakan ruang untuk anak-anak banduan di bawah umur tiga tahun – siap dengan buaian, mainan dan dinding yang dipenuhi watak dan corak Disney.

Penjara Aranjuez

Manakala apabila kanak-kanak sudah melebihi usia tiga tahun akan diserahkan sama ada kepada kerajaan atau saudara mara banduan sebelum banduan ditempatkan semula ke sel penjara biasa.

Konsep ini membawa makna bahawa banduan juga manusia yang punya keinginan untuk berkeluarga dan disayangi di samping mementingkan kehadiran kedua ibu bapa dalam tiga tahun perkembangan awal kanak-kanak.

5. Penjara Pondok Bambu, Indonesia

Di negara jiran Malaysia iaitu Indonesia, terdapatnya sebuah penjara yang sama seperti apartmen – dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dan sofa empuk buat penghuninya.

Penjara Pondok Bambu, Indonesia

Penjara yang menempatkan banduan daripada golongan kaya bukan setakat disediakan perkhidmatan pelayan tetapi juga dilengkapi dengan bilik karaoke. Malah ada juga antara banduan yang mengambil peluang untuk melanggan pelacur sekiranya mereka berkeinginan.