Halima Aden Model Burkini

Halima Aden Model Islam Pertama Pakai Burkini Untuk Penghias Kulit Majalah AS

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Halima Aden mencipta nama menjadi model Islam pertama, muncul sebagai penghias kulit majalah Sports Illustrated (SI) berhijab dan memakai burkini dalam edisi pakaian renang.

Burkini merupakan istilah pakaian renang wanita Islam yang terkenal di Eropah.

Gadis kelahiran Somali-Amerika ini pernah mencipta nama pada usia 19 tahun apabila menjadi wanita pertama berhijab yang menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Minnesota AS pada 2016.

Halima Aden Model Burkini

Halima menjadi penghias kulit majalah itu untuk edisi pakaian renang bagi bulan Mac dengan memakai beberapa burkini berwarna-warni.

“Membesar di Amerika Syarikat (AS), saya berasa terasing kerana tidak pernah melihat seorang gadis berhijab di dalam majalah,” kata Halima.

Gadis berusia 21 tahun itu dilahirkan di kem pelarian Kakuma, Kenya dan tinggal di sana sehingga berusia 7 tahun.

Halima Aden Model Burkini

“Jadi membesar mengejar impian di Amerika (dan) kembali ke Kenya untuk menjadi model SI, saya tidak fikir ia adalah satu kisah yang boleh dibuat oleh sesiapa.”

Terdahulu, Halima muncul sebagai penghias kulit untuk majalah Vogue dan turut menyertai cat walk di pentas peragaan New York Fashion Week.

Melihat fesyen yang diperagakan, mungkin bagi mereka yang bukan Islam juga tertarik untuk menggunakan burkini.

Sumber: FMT

Terhibur teruk! Hahaha!

When Bane Watched Avengers: Endgame

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.