Laporan Polis

Halang Wanita Berseluar Pendek Dari Buat Laporan Polis Adalah Tidak Wajar – Menteri

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

“Tidak wajar menghalang individu yang pemakaiannya kurang sesuai ke balai polis untuk membuat laporan.

“Wanita berkenaan dalam keadaan kecemasan dan memerlukan pertolongan serta perlu membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas terlibat dalam kemalangan,” jelas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian di mana seorang wanita mendakwa dirinya dilarang dari memasuki IPD Kajang untuk membuat laporan mengenai satu kemalangan jalan raya kerana pemakaiannya.

Ketika itu, wanita tersebut dilaporkan memakai seluar yang menutup bahagian lututnya. Namun, dia tidak dibenarkan masuk oleh anggota polis yang bertugas.

Beliau kemudiannya hanya dibenarkan masuk selepas kakaknya membawa sehelai seluar panjang untuknya.

Polis Kajang mengesahkan wanita itu dihalang disebabkan oleh pakaiannya ketika itu yang tidak mematuhi kod etika pemakaian.

Kejadian tersebut menjadi tular dan turut mendapat perhatian bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut beliau, polis tidak seharusnya menghalang orang awam untuk membuat laporan polis disebabkan oleh pemakaiannya yang kurang sesuai.

Laporan Polis

BACA: Kenapa Baju Wanita Tular Ugut Polis Sabah Dirampas? Ini Penjelasannya

Sumber: FMT