Syed Saddiq Sekat Jawi Bodoh Sombong 1

Halang Anak Ke Sekolah Sebagai Protes Jawi Tindakan Bodoh Sombong – Syed Saddiq

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semalam, Pasukan Tindakan Seni Khat atau lebih dikenali sebagai SEKAT mengeluarkan kenyataan bahawa Kementerian Pendidikan perlu menangguhkan pelajaran Jawi atau khat di sekolah vernakular.

BACA: Tetap Bantah Sukatan Jawi, Tun M Sifatkan Dong Zong Rasis

SEKAT yang sekarang ini sedang berusaha untuk mengadakan dialogdengan kerajaan bagi menyelesaikan secara baik perkara tersebut juga telah mengeluarkan kenyataan sekiranya undangan dialog mereka tidak dipenuhi sebagai protes mereka akan berhenti menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Syed Saddiq Sekat Jawi Bodoh Sombong 1

Antara kumpulan yang hadir semasa sidang akhbar semalam ialah Dayak Rights Action Force, Persatuan Anak Borneo Semenanjung, Malaysia Hindu Sangam dan Yayasan Tamil.

Menjawab kepada protes itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah memuat naik satu kenyataan di laman Twitternya dengan menyelar tindakan SEKAT sebagai satu perbuatan bodoh sombong kerana menghalang anak-anak daripada mendapat pendidikan.

Syed Saddiq Sekat Jawi Bodoh Sombong

Mendapat perhatian ramai pihak sama ada yang negatif atau pun positif, Syed Saddiq kemudiannya sekali lagi memuat naik ciapan menjelaskan isu tersebut sudah dijelaskan selama sebulan, namun ada pihak yang menjadikannya (bidang pendidikan) sebagai tebusan dan tawar menawar.

Turut menambah kenyataan beliau, Syed Saddiq tegas memberitahu pendidikan adalah penting untuk anak-anak dan ianya bukanlah perkara yang boleh dilakukan dengan tawar menawar.

Sumber: Sinar Harian

Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B1NVFQpH-WK/